Pages

Tuesday, May 22, 2012

REALITI dusta


Sekadar peringatan bagi mereka yang mahu memahami.... dan juga kepada yang suka kepada jalan yang menyakitkan padahal jalan mudah dan sejahtera ada di hadapan mata.

kejam


pelarian


hina alQuran


rusuhan

sukakan keganasan

hilang kawalan

juara jalanan

Penghasilan Demo (Mesir)
REALITI
Akhir zaman ini adalah detik-detik kemuncak kapada penipuan Dajjal dan ramai yang telah termasuk di dalam lingkungan fitnah itu. Jangan sesekali menyangka kita dengan mudah akan terselamat. Ujian berat sedang berlaku dan menjadi semakin hebat di masa hadapan. Bencana ini sedang menanti kita.

Apabila kita melihat semua sistem yang melingkari peradaban manusia hari ini, kita akan lihat betapa ramai yang terpedaya dan menganggapnya pula satu realiti kehidupan. Realiti adalah satu istilah escapism yang dicipta untuk memperdaya manusia supaya berlapang dada dengan peredaran dan tindakan manusia disekelilingnya.
Antara Fitnah Utama Akhir Zaman
Sedangkan jika kita buka mata hati kita dan tanya kembali iman kita, kita akan dapati apa yang kita lihat pada wajah dunia hari ini adalah semata-mata hasil ciptaan dan perancangan manusia. Manusia sering melihat akan ciri fizikal pada landskap bumi ini sedangkan dalam lingkungan pandangannya manusia masih mampu melihat langit yang berada di atasnya tetapi berapa ramai yang mahu melihat dunia dengan cara begitu. Wajah langit itu sentiasa mengikut peredaran dan kitarannya semenjak Adam a.s. berjalan di atas bumi Allah ini dan itulah yang dinamakan fitrah.

Tetapi wajah landskap dipermukaan bumi itu adalah hasil dari kerja tangan manusia. Peperangan, kerosakan, penindasan, kebencian itu semuanya datang dari sifat manusia dan ramai yang tidak mampu berbuat apa2 kerana terpedaya dengan Istilah Realiti itu.

Istilah realiti ini sejengkal demi sejengkal telah menutup istilah Fitrah dan tauhid manusia dianjakkan dari mengikut peringatan2 Allah.

Pada saya langit itu adalah ilham dan peringatan Rukyah dari Allah kpada manusia kerana dengan merenung langit itu, saya dapat merasakan akan satu kuasa yang maha tidak terbayangkan kekuasaannya dan peredaran langit itu menandakan betapa maha besarnya kuasa yang mentadbir alam ini dan ianya suatu peringtan pada penghuni di bawah langit ini bahawa penguasa alam ini tidak pernah lalai dari memerhatikan tingkah laku penghuni bumi yang berada di bawah langit itu.

Saujana Mata Memandang Luas Tidak Terjangkau
berapa luas alam ini? Berapa banyak makhluk di dalamnya?
Besar mana pula Penciptanya?

Apabila menyaksikan sistem caturan manusia yang sedang mendominasi peradaban manusia sehingga seluruh dunia terpegun melihatnya, tidak teringatkah kita pada peringatan Allah bahawa orang-orang Kuffar itu memang disegerakan ke atas mereka akan kebendaan dan senantiasa diberikan tangguh oleh Allah kerana Akhirat itu bukan kepunyaan mereka. Lalu mengapa kita yang meyakini akhirat itu adalah negeri yang abadi turut berbondong-bondong sama mengejar dunia?

Sesungguhnya zaman ini adalah zaman kepada Ujian Keyakinan dan kitaran pemisahan antara manusia yang berserah diri kepada Allah dan yang telah menjual akhirat dengan harga yang murah.

Antara pengajaran dari Surah Al-Kahfi pada golongan muda adalah kita harus membebaskan fikiran kita dari dibelenggu oleh realiti ciptaan Order Baru Dunia (NWO) ini.

Jika dapat membebaskan diri dan fikiran kita dari belenggu ciptaan manusia ini, barulah kita akan mengenal Fitrah Allah ke atas diri kita dan bangkit membina kekuatan Iman dari sekarang kerana kita adalah tauladan kepada generasi selepas kita yang mana mereka ini bakal bersatu dengan kepimpinan Manhaj Ubuddiyah (Al-Mahdi) untuk melawan tipu daya Dajjal.

Malaysia telah di monitor oleh Singapura yang lebih kecil dari kita dan India kerana keduanya adalah sekutu rapat kepada Amerika dan Israel. Kedua negara ini sangat mendiskriminasi penganut-penganut Islam di negara mereka.

Pengkalan Zionis di Kawasan Timur
Malaysia sedang dihancurkan secara perlahan-lahan bukan melalui peperangan tetapi dibutakan mata kerohaniannya.

Kita diasak dengan kefasikkan (hiburan), minda bawah sedar anak-anak kita dirangsang secara seksual. Makhluk asing didoktrinkan sebagai penyelamat manusia, amalan Khurafat menjadi tontonan setiap channel Tv, Majlis2 yang tidak mengingati Allah (melekakan) begitu banyak bersiaran secara langsung menghimpunkan seberapa ramai manusia yang sudi dilalaikan secara "on Air" akan melahirkan kelompok manusia yang tipis kerohaniannya.

Adakah semua ini terjadi secara kebetulan?

Tidak!!! Malahan ia telah dirancang lebih lama oleh Sir Henry Gurney, orang yang berjaya membantu membentuk Negara Israel dan kemudian dihantar ke Tanah Melayu.

Henry Gurney
Melihatkan kepada segala macam kerosakkan yang berlaku pada hari ini, umat Islam seharusnya membuka hati dan fikiran untuk mencari jalan keluar. Mohon kepada Allah supaya hati kita dibuka untuk melihat dan menerima kebenaran dicelah-celah kekalutan, harubiru, hiruk pikuk umat di waktu ini. Fitrah semulajadi boleh dirosakkan tapi boleh dipulihkan semua jika hati diserah kembali kepada Tuhan. 

sujud dan syukur kepada Pencipta
Fitrah yang rosak akan menafikan kebenaran walau terpampang di depan mata, hati yang sudah keras tidak lagi sensitive atau merasa terancam dengan program kemaksiatan. Sebab itu Tuhan datangkan gempa bumi dan tsunami untuk melembutkan hati manusia. Kerosakan berlaku pada segenap sudut kehidupan manusia, aqidah ibadah akhlak, di tahap yang amat kronik.

 

Sudah sampai masanya bagi Allah mendatangkan pemimpin penyelamat untuk umat manusia diakhir zaman ini. Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah mendapat khabar gembira tentang kedatangan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Mereka adalah tokoh kepimpinan umat Islam di alaf ini yang bertaraf Mujaddid, Mujtahid, ulama ul amilin, warisatul anbiya’, Rasul lil rasul . Dalam pandangan sufi mereka adalah mursyid, sohibuzzaman, wali Allah, sultanul auliya'.

Tuhan menjadikan setiap sesuatu ada pasangannya, ada gandingannya, ada saingannya. Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim dibekalkan dengan karamah dan bantuan ghaib untuk berhadapan dengan pihak Dajjal dan konco-konconya yang mengusai sihir dan diberi istidraj. Hakikatnya Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudahpun berperanan. Kedua dua pihak yang berlawanan ini sebenarnya amat mengenali antara satu sama lain.

tegak kembali panji-panji tauhid
Sudah banyak kajian ahli pemikir yang mengandaikan “kemunculan” Putera Bani Tamim adalah dari Nusantara. Kepimpinan mereka akan mengembalikan kegemilangan dan kesatuan alam Melayu, bani Jawi, kaum Mala. Ertinya mereka ada dikalangan kita. Malangnya kita tidak dapat mengenali mereka dengan mudah kerana minda kita sudah dikawal (mind control).

Semua jalan-jalan untuk umat Islam berhubung dengan mereka sudah ditutup, disekat, dikelirukan, dinafikan. Cara hidup dan berfikir tajaan NWO sudah sebati dalam diri kita hatta dalam mempelajari dan memahami ilmu Islam itu sendiri pun adalah dalam ruang lingkup yang telah disusun, dikawal dan dirancang oleh mereka.


Laut Galilee/Tasik TIBERIAS / Kinneret/Gennesaret/Tabariyyah
semakin hari semakin susut.. tiada jalan keluar untuk baikinya 

penanda aras kemunculan dajjal 
Illuminati merahsiakan kewujudan perhubungan antara mereka dengan iblis sejak sekian lama malah menanamkan kepercayaan kepada umat manusia bahawa iblis tidak wujud. Sekaligus supaya manusia tidak mempercayai kewujudan Tuhan, Malaikat, Rasul dan alam ghaib. Mereka menjalankan usaha-usaha merosakkan Agama Tauhid sebelum ini dan menggunakan modus operandi yang sama terhadap Islam. Untuk memahaminya sila kaji intisari Islam Liberal. Ia amat serasi dan seiring dengan Kristian Liberal. Matlamatnya ialah pluralisma bawaan Dajjal Laknatullah.

Illiminati berusaha melemahkan kerohanian Islam
Mereka menyusup masuk ke dalam kalangan penganut Islam dan institusi Agama Islam melakukan usaha mengolah ,mengubah, menyelewengkan dari dalam. Percubaan demi percubaan dibuat oleh kaum Yahudi dengan mengunakan kepakaran yang mereka ada bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi..

Selepas mengalami kekalahan dalam perang salib, Pusat-pusat Orientalis ditubuhkan dan agen-agennya dihantar ke seluruh dunia dengan menyamar menjadi ulama (Wahhabi dan Islam Liberal adalah konco mereka). Mereka tidak boleh mengubah Al Quran tetapi mereka menterjemahkan kitab kitab muktabar, mengubah keasliannya, memadamkan juzuk-juzuk tertentu agar umat islam tidak tahu “rahsia kekuatan mereka”.

Illuminati merahsiakan kekuatan
Antaranya, sebahagian besar umat Islam pada hari ini sudah tidak boleh menerima malah tidak percaya bahawa, bagi mereka yang bertaqwa boleh berhubung dengan alam ghaib yakni dengan rohani Rasulullah - Nur Muhammad SAW dan para sahabat serta rijalullghaib dan juga mendapat pimpinan dari rohani baginda SAW. Ada yang menolak terus kewujudan "Nur Muhammad". Padahal dari sinilah bermulanya pengajian Tauhid dan jati diri. Golongan Wahhabi dan Liberal menjadi dalang kepada penghapusan kepercayaan ini.

Suatu ketika dulu kita pernah disajikan dengan kisah- kisah bantuan ghaib kepada pejuang mujahiddin yang taat dalam menjaga urusan Allah sewaktu melawan Komunis Russia (USSR). Banyak lagi kisah-kisah seumpama itu yang (sangat) memberi kesan dan meniupkan semangat dan harapan kepada umat Islam. Ini adalah pembelaan secara langsung dari Tuhan.

Mujahideen Afghanistan
Memandangkan gerakan musuh tidak pernah berhenti mencari dan mengesan Imam Mahdi, sudah tentu beliau akan diselamatkan. Mustahil buat waktu terdekat dia akan menonjolkan diri kepada umum. Belum tiba masanya. Meewakilkan kepada Putera Bani Tamim untuk membuat segala persiapan awal. 

“Kumpulan-kumpulan yang memegang bara api” yang berada di sekitar Timur Tengah dan Khurasan akan bergabung dibawah kepimpinan Imam Mahdi. Bara api ini akan menyala dan membakar musuh-musuh manakala cahayanya menerangi seluruh alam.

Cahaya Islam Bergerlapan
Selama ini Allah telah mengizinkan segala macam kelebihan (yakni kuasa, pangkat, sihir, harta, kekuatan tentera, ekonomi, teknologi) kepada pasukan Iblis, Syaitan, Dajjal, Iluminati, Yahudi, Freemason dan konco-konconya. Melalui kelebihan ini, mereka bermaharajalela, membuat kezaliman, mencatur dunia sekehendaknya, menurut hawa nafsu sepuas puasnya. 

Sekarang ini dia sedang menagajak kita semua menjadi ahli kumpulan mereka dengan mencintai hawa nafsu. Alam kegelapan mutlak.

Semua ini hanya untuk menguji keimanan hamba-hambaNya yang tulus ikhlas. Tuhan menguji manusia mengikut tahap keimanan masing-masing, Maha Suci Allah dari bersifat zalim. Manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Walaupun sudah diberi peringatan, adakah manusia akan kembali kepada Allah? "La Ilaha Illa Anta SubhanaKa Inni Kuntu Minaz Zalimin". Zikir Nabi Allah Yunus as semasa hidup dalam kegelapan setelah ditelan ikan nun. Bagaimana dengan kita yang juga hidup dalam kegelapan (sebenarnya) setelah dikuasai oleh penguasa kegelapan (Iblis, Syaitan dan Dajjal)?

Zikir di atas menjadi pedoman untuk kita keluar dari alam kegelapan ini. Keluar dari realiti syaitan dan masuk ke wilayah realiti mutlak sang Pencipta. 

Antara Kumpulan Rahsia Dajjal


Tidak lama lagi pasukan (Dajjal) ini akan bertemu dengan “lawannya’ yang dikirim terus oleh Tuhan. “Lawan” yang bakal menjadi pennyelamat seluruh umat manusia supaya dapat kembali kepada Tuhan yang Esa. 

Pasukan Rasululah SAW diterajui oleh Imam Mahdi, Nabi Isa a.s, Putera Bani Tamim dan para wali Allah. Perang besar WW3 akan meletus di akhir zaman sebelum penutup kisah dunia ini. menuju Mahsyar dan Hari Pengadilan. Semoga kita terpilih dan tergolong dalam pasukan Allah ini. Insya Allah.

Berhati-hati, Dajjal dan talibarutnya akan cuba sedaya upaya menghapuskan keyakinan umat Islam tentang kebangkitan akhir zaman dan kehadiran Imam Mahadi. Kita akan dikelirukan dengan berbagai versi Mahadi palsu, sehingga kita semua akan menolak kehadiran Mahadi sebenar jika ia muncul kelak. Disamping usaha menghapuskan hadis dan tafsiran mengenai baginda penyelamat ini. Pemikiran jenerasi baru selepas jenerasi sekarang akan dirosakkan. Tidak lagi akan memperdulikan Imam Mahadi, kecuali sebahagian kecil yang tidak dapat didustai.

Berhati-hatilah dengan Islam Liberal yang dibina khusus untuk tujuan ini disamping mengangkat Yahudi (Dajjal) sebagai tuan.

Kredit untuk PENULIS ASAL - pengunjung blog ini


Sebelum berita baik yang dinantikan benar-benar terjadi iaitu kemunculan Pemuda Bani Tamim dan alMahdi, kita akan dihunjam ke dalam api malapetaka buatan manusia. Iaitu huru hara dan kemusnahan yang bakal memuncakkan lagi kekeliruan. Sehingga kita tidak pasti lagi sama ada kita berada di landasan benar atau salah. Hasilnya kita tidak mampu lari dari kehidupan yang menyakitkan.


Terlebih malang ada diantara bencana ini adalah terhasil dari tindakan kita sendiri yang telah terhasut dengan "kegelapan" ciptaan Dajjal. Kita sering laungkan dan ungkapkan bahawa inilah dia "realiti" padahal ia cuma bayangan berbentuk halusinasi yang diubah. Kita telah kehilangan dan terlepas dari memahami "realiti" sebenar.


Tanda-tanda akan berlakunya kekacauan telah semakin nyata. Itulah sebenarnya yang dinamakan era pembersihan. Memisahkan antara munafikin dan mukmin sejati.


Pilihan di tangan anda.



Sunday, May 20, 2012

Ada siapa-siapa yang faham? Sila bantu..


Kalau ada yang "mahir politik" tolonglah berikan buah fikiran, apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh politikus ini. Aku tak faham langsung apa makna semua ini. Hairan, ajaib, terkejut dan terkedu...

Nik Aziz ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat 
Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas
 di Kuala Ibai


Ada SYARAT untuk satukan kaum muslimin... ?  Hah.. demam otak aku memikirkannya.

Tolonglah bantu untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa sebenarnya yang mereka hendak? 

Islam Diutamakan???


Setelah semua pihak rasa teruja dan gembira, tetiba ... tak semena-mena seperti menarik balik tawaran.. adakan syarat pula. Mungkin pada masa kini rakan bukan Islam (DAP) lebih diutamakan berbanding Islam. Agaknya lah.. Betulkan aku jika tersilap.

Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
19 Mei 2012


KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.

Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.

Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.

“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas. 


Muzakarah platform terbaik, kata Mufti Perak

HASLINA KAMALUDIN
20 Mei 2012




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

SHAH ALAM - Muzakarah antara Pas dan Umno perlu disegerakan dan tidak perlu ditangguhkan jika ia bertujuan demi kebaikan semua pihak terutama umat Islam.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, muzakarah adalah satu platform terbaik untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai masalah.

“Jangan melengah-lengahkan sesuatu yang baik. Jika tidak, ia mungkin akan melahirkan keadaan lebih parah. Segerakan perkara ini dan jangan tunggu hingga selepas pilihan raya,” kata beliau yang pernah menggerakkan inisiatif kerjasama politik Pas-Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaru kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan untuk memperbetulkan keadaan parti dan masyarakat.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan tersebut hanya akan dilakukan selepas Umno membetulkan sistem pilihan raya kerana beranggapan Umno tidak ikhlas dalam pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, penganalisis melihat Pas seperti menghidup dan mematikan peluang bermuzakarah kerana menyedari dan bimbang Umno akan mendominasi sesi perbincangan itu nanti.


Usah ada agenda tersembunyi, Umno ingatkan Pas

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
19 Mei 2012

BAGAN DATOH - Pas ja­ngan ada agenda politik tersembunyi berhubung isu muzakarah.

Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lebih rela cadangan bersemuka dua parti itu ditangguhkan jika ada pihak yang tidak ikhlas.

“Ikhlas paling penting. Jika tidak ikhlas, lebih baik tangguh (muzakarah),” katanya.

Bagi Ahmad Zahid, jika ikhlas, tidak perlu ada had waktu untuk bermuzakarah, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

“Ini agenda agama, bukan politik. Agenda agama tidak sepatutnya dipolitikkan, jadi jangan kira soal pilihan raya,” katanya.

Dalam keadaan sekarang, kata Ahmad Zahid, apa yang perlu diberi fokus ialah isu perpaduan umat Islam, memartabatkan Islam dan meningkatkan darjat umat Islam.

Beliau turut menjelaskan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka terhadap apa sahaja usaha yang menjurus ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul keraguan sama ada parti itu tidak faham atau tersalah faham isu muzakarah yang dicadangkan oleh Pas.

“Umno sentiasa bersedia. Itu sikap kita. Kita pandang positif pada setiap usaha ke arah perpaduan umat Islam. Siapa saja yang hendak bermuzakarah, kita terima termasuk Pas.

Pintu kita sentiasa terbuka. Lebih penting, kita tidak letak sebarang syarat untuk tujuan itu,” katanya.

SINAR HARIAN


Apa semuanya ini? Inilah agaknya yang dikatakan najis DEMOKRASI... bla... bla... bla... 

Seperti ada tangan ghaib berjaya ambil kesempatan mengubah suasana. Memang membingungkan.

Berikan pandangan anda, adakah mungkin Melayu/Islam akan dapat bersatu semula atau akan terus berpecah belah? atau... Menjadi juadah bukan Melayu/Islam seperti yang diatur Yahudi?

Tuesday, May 1, 2012

Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia


Muncul beberapa penulisan yang membuka rahsia percaturan Yahudi di ambang kemusnahan dunia. Ramai diantara penulis dunia yang tidak sehaluan dengan Yahudi semakin berani menukilkan berita kepalsuan dan kebobrokan perancangan Yahudi Sedunia untuk mencabar taqdir yang telah Allah tetapkan. Yahudi sedaya upaya melalui pelbagai saluran akan cuba menutup sebaran maklumat berkenaan.

Dunia sudah menghampiri kiamat.



Lihatlah hasil kerja Yahudi yang sedang memporak perandakan dunia Islam. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia (wang riba menjadi senjata). Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia melakukan kerja bodoh. Meniupkan sentimen perseteruan sesama sendiri. Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran keagamaan. Merancakkan kehidupan bebas terutamanya melampiaskan syahwat seks dan tergilakan keseronokan.  



Akibat darinya tidak ramai manusia akan berminat lagi untuk mengkaji dan memperhebahkan perbuatan jahat Yahudi kepada orang ramai. Artikel atau rencana hebat sebegini hanya tinggal diam sebagai tulisan yang tidak bermenfaat. Hanya sebilangan kecil dari manusia masih terus mencari maklumat dan cuba memahaminya. Inilah sebahagian dari mereka yang beruntung. Selebihnya hanya menjadi makanan ruji bangsa Yahudi.

Cuba anda tanyakan anak-anak anda, berapa ramaikah dari mereka yang faham permainan Yahudi ini? Berapa ramai pula dari mereka yang pernah membaca "Protokol Zionis"? Atau paling ringkas, sejauh mana mereka tahu apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari kerja jahat Yahudi?

Sebahagian besar umat Islam sebagaimana yang telah mereka (Yahudi) rancang, sedang enak dilekakan dan seterusnya ditarik keluar dari keinginan untuk mengkaji perkara ini. Bukan sahaja anak-anak muda malahan orang dewasa juga terutama para ibu lebih suka kepada hiburan dari berita semasa. Anak muda amat sibuk denga facebook dan telefon bimbit model baru dari membaca bahan-bahan ilmiah. Para ibu pula sibuk dengan telenovela atau drama Korea. Ia berlaku dalam semua rumah orang Islam kecuali sedikit.


Kesan dari semua kejadian ini, semakin hari semakin kurang penentangan terhadap Yahudi. Inilah yang mereka harapkan.

Mereka (Yahudi) berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan "Protocols of Elder of Zion" ataupun seperti apa yang kita kenal "Protokol Zionis". Untuk itu mereka berkonspirasi demi konspirasi atau jika perlu mengadakan konspirasi atas konspirasi berlapis-lapis. 

Bukanlah mudah bagi manusia biasa untuk memahami permainan mereka, malah cerdik pandai pun terpedaya dan secara tidak sedar telah menjadi alat mereka. Paling mudah untuk kita lihat ialah pekerja, pegawai dan pengusaha sesabuah bank atau finance. Mereka semua tidak sedar bahawa mereka telah menjadi alat permainan Yahudi. Jikalau mereka sedar sekalipun, mereka tidak akan dapat keluar darinya kerana habuan yang mereka terima amat lumayan.

Para akautan misalnya telah sekian lama bertugas sebagai "juru bawa" alat-alat penting Yahudi, menjadi pakar ekonomi untuk berterusan menyemarakkan wang riba. Ramai yang berkempen untuk menggoda anak muda menjadi pemegang baru kad kredit. Kad hutang yang penuh prestij ciptaan bank Yahudi ini (termasuk Bank atas nama Islam). Memerangkap mereka dalam beban hutang dan terus menerus menjadi hamba kepada riba. Untuk menjadi seorang akauntan, mereka wajib mempelajari bagaimana untuk membuat keuntungan hasil riba. Adakah mereka sedar mengenainya?


Namun dosa mereka bergantung kepada niat dan hajat mereka. Bukan kita yang layak membuat hukuman. Apa yang kita hendak sampaikan ialah, tiada manusia di zaman akhir ini akan mampu melepaskan diri dari perangkap yang mereka (Yahudi) sediakan. Jika dalam keadaan terpaksa, yakni tiada pilihan, masih ada harapan mendapat pengampunan dari Allah Azzawajalla. Jika tidak, kita bakal diazab oleh Allah di hari akhirat kelak. 


Apa yang berlaku dewasa ini, masing-masing akan cuba berhelah dan mendakwa bahawa mereka dalam keadaan terpaksa, namun hati kecil mereka pasti meronta jika mereka hanya beralasan. Semua bergantung kepada niat sesaorang. Kita tidak akan memanjangkan persoalan dosa pahala riba ini, biarlah ahli fekah memberikan pandangan. 

Kebergantungan manusia akhir zaman terhadap sistem Yahudi telah menyeluruh. Ia ada dalam semua sistem. Dengan sebab itu konspirasi dapat mereka jayakan dengan kemas dan penuh rahsia. 

Zaman sebelum ini, Yahudi hanya menumpukan perhatian mengumpul seberapa banyak dana dan emas. menguasai ekonomi dunia. Menganjurkan seluruh masyarakat menggunakan wang kertas sebagai "nota kewangan" mengganti emas, secara tidak langsung memaksakan riba. Setelah kekayaan melimpah ruah, mereka menyusun strategi selanjutnya iaitu untuk memperolehi kuasa politik pula. Konspirasi demi konspirasi diatur menjurus kepada kepentingan ini. Terus menerus berlaku sejak Amerika mula mendominasi politik dunia. Selepas perang dunia kedua.

Kini mereka sudah bersiap sedia sepenuhnya menguasai keseluruhan muka bumi dengan mengujudkan apa yang mereka rancang sejak awal iaitu NWO (New World Order). "Kerajaan Baru Dunia" ini sebenarnya ialah "Satu Kerajaan Dunia" atau "Kerajaan Tunggal Dunia". Kerajaan Pimpinan Yahudi di Israel. Kerajaan-kerajaan lain yang ada hanyalah sebagai wakil daerah sahaja. Sesuai dipanggil PROKSI kepada pemerintah pusat (Israel).

Sekarang mereka sedang ghairah menyedut dan meratah setiap inci padang pasir Arab. Mana-mana pemimpin Arab yang tidak mahu mengikut kata akan dibunuh melalu konspirasi terancang yang halus dan licik. Setelah Arab menjadi lemah dan hanya bergantung sepenuhnya kepada USA (jentera Israel) maka tiada lagi tentangan untuk Israel melebarkan tanah jajahannya dari tebing Sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Tigris di Syria. Inilah Israel Raya yang luas terbentang. Merekalah tuan punya kerajaan seluruh dunia (menggantikan USA).

Sekarang kita mungkin dapat rasakan kebenaran bahawa revolusi di Syria itu hanyalah papan catur Yahudi untuk menghidupkan Israel Raya. Jika demikian, untuk apa sokongan diberikan kepada penentang al Assad? Jawapannya ialah untuk memudahkan wujudnya Greater Israel. Masyarakat dunia digesa memberi sokongan kepada pemberontak. Assad dilabelkan sebagai "zalim" sebagaimana Saddam dan Ghadafi. Sokongan dari penganut Islam amat diperlukan untuk menutup sebarang rahsia penglibatan mereka. Secara tidak langsung, kita kaum Muslimin juga bersepakat membantu kewujudan Israel raya.

Pelbagai keburukan Assad muncul satu persatu. Seolah telah diatur mengikut skrip. Proksi Yahudi Amerika diangkat sebagai pengganti pemerintah sebagaimana yang berlaku di Iraq, Tunisia, Aljeria, Libya, Mesir dan sudah semestinya Syria juga nanti. PBB digunakan sebagai alat mempermudahkan Yahudi menguasai kerajaan-kerajaan Arab ini.

Libya sekarang masih belum selesai dan terjebak pula dalam perang saudara. Media Yahudi yang begitu heboh memburuk-burukkan Muammar satu masa dahulu, kini diam membisu seolah tiada apa-apa yang berlaku di sana. Samalah juga dengan apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.

Mari kita lihat bukti bahawa revolusi Arab itu sebenarnya satu konspirasi Yahudi. Satu artikel yang sendirinya membuktikan Arab Spring adalah satu pembohongan nyata. 


Pengaruh Yahudi semakin melebar

Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat bukti-bukti ini. Ia sedang bermula di sini. Siri BERSIH adalah salah satu flatfom untuk memulakan api sengketa dan disusuli dengan desakan "CHANGE". Anwar dengan berani dan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa "we want change". Dia tahu bahawa kita semua sudah maklum bahawa perkataan ini asalnya dari USA semasa menceroboh negara Islam. Dia ingin memberitahu kepada kita bahawa dia dilindungi oleh satu kuasa besar. Dia sudah tidak takut lagi.

Sebelum bermulanya demostrasi BERSIH 3.0, Anwar dan beberapa pegawainya telah membuat pertemuan dengan beberapa pegawai kedutaan luar. Untuk apa? Lihat artikel sebelumnya. Jadi jangan hairan jika selepas ini akan ada berbagai-bagai berita buruk mengenai Malaysia terutamanya terhadap Najib Tun Razak. Ia akan digerakkan oleh semua agensi berita dunia (milik Yahudi). 

Secara kebetulam BERSIH 3.0 memberikan jawapan terhadap teka-teki ini. Pegawai Polis dipukul sehingga hampir mati. Kenderaan polis diterbalikkan hanya dengan persepsi bohong bahawa di bawah kenderaan itu ada mangsa yang dilanggar.

demonstrasi bermula ganas belajar dari siapa?


Terbaru diedarkan video menunjukkan Anwar sendiri secara berisyarat memberi arahan kepada Azmin agar hadangan yang menghalang laluan ke Dataran Merdeka dibuka. Dalam satu sesi sidang media di pejabat PKR, Anwar dan Azmin gagal memberi penjelasan berkaitan dengannya walaupun diasak bertubi-tubi. Mereka tergagap dan hilang punca apabila ada diantara pemberita mengatakan mereka sendiri dengar arahan Azmin kepada pembantunya supaya membuka penghadang tersebut.

Kita akan ketahui sama ada kenyataan itu benar atau sebaliknya dari cara jawapan diberi. Sekarang terjawaplah permasalahan siapa yang bertanggung jawab terhadap penyerbuan demostran ke Dataran Merdeka serta mencabar arahan mahkamah. Apa tujuan arahan tersebut, kita sedia maklum. Memang benar Anwar cuba sembunyikannya, Azmin dan Tian Chua juga bermatian menafikannya.



Kita tidak peduli bentuk jawapan yang berbelit-belit itu, tetapi apa yang kita dapat lihat dari peristiwa BERSIH ini ialah adanya tangan gelap dibelakang tindakan mereka. Mereka telah siapkan perancangan dengan rapi. Signal dari Anwar adalah penentu bila rempuhan akan dilakukan. Sengaja lakukan provokasi mengharap ada kemalangan (kematian) menimpa peserta demonstrasi membolehkan siri berikut (yang lebih besar) dapat dilakukan (ver 4.0). Sebab itu juga mereka sengaja menolak arahan Dewan Bandaraya dan mahkamah. Setakat hendak "duduk dan bantah" mengapa mereka mesti menolak tawaran 4 lokasi yang ditawarkan kepada mereka?

Sebaliknya yang berlaku ialah para peserta demo aman (duduk bantah) ini sendiri yang mengkasari pegawai keselamatan. Kali ini polis bersikap penuh sabar sehinggalah mereka mengganas dan menyerbu untuk menguasai Dataran Merdeka. Agama dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin mereka. Perkataan jihad telah difatwakan bukan pada tempatnya. Wajarkan menawan Dataran Merdeka itu dikatakan satu "jihad"?

Anwar merancang sebagaimana trend Arab Spring. Siapa yang mengasuhnya? Apa matlamatnya? Selepas ini pasti akan ada lagi siri selanjutnya sehinggalah Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. Saya percaya akan ada kejutan hebat dalam masa terdekat. Biarlah saya rahsiakan penemuan ini dan jika tiada halangan saya akan cuba poskan artikel khas mengenainya kemudian. Perancangan ini amat menakutkan siapa sahaja yang mendengarnya dan ia masih lagi dirahsiakan demi menjaga keamanan negara.

Malaysia adalah pilihan USA selepas Syria. Menakutkan? Ia bukanlah satu penipuan atau sengaja diada-adakan. Ada sumbernya yang cukup jelas. Cuba baca dari beberapa artikel di ABATASA2. Semoga mendapat petunjuk mengenainya.

Untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai apa yang bakal melanda negara kita, eloklah kita lihat apa yang telah ditulis oleh sahabat blog ini di bawah, sebagai bukti Arab Spring adalah agenda Yahudi..

Revolusi Arab

Tidak lama dahulu, ketika tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudiannya menjalar hingga ke Mesir sebelum ke Libya, para pengkaji sosial politik berteraskan agama seperti Sheikh Imran N Hosein, telah menyebut, ia adalah salah satu daripada rancangan pihak Yahudi Zionis. Pandangan beliau juga pernah dikongsi oleh beberapa orang blogger di Malaysia. Namun, dek kerana terlampau taksub dengan al-kisah (konon) kebangkitan Islam di akhir zaman (yang sememangnya akan berlaku suatu hari nanti), maka ramailah umat Islam yang terpengaruh dengan seni tipu-daya dan helah musuh-musuh Allah SWT ini.



Mereka (umat Islam) tidak sedar bahawa kesemua yang berlaku seperti kebangkitan kuasa rakyat hinggalah kepada kejatuhan para diktator telah terlebih dahulu dimaklumkan oleh kelompok secret society. Konspirasi Yahudi atau dalam makna kata lainnya, tipu muslihat Yahudi telah dinyatakan di dalam Al-Quran :
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. {1}
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. {2}
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran sendiri telah membuktikan betapa tidak akan redha bangsa Yahudi terhadap umat Islam. Portal berita Islam terbesar Indonesia, Era Muslim telah menerbitkan satu artikel bertajuk Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah. Artikel tersebut adalah manifestasi daripada persoalan yang diutarakan oleh seorang individu bernama MuammarF berkaitan hujah ulama terkemuka dunia, Sheikh Imran N Hosein pada 2003. Sebelum berlaku Arab Spring lagi, Syekh Imran sudah tahu peristiwa itu akan berlaku.


Soalan : Apakah benar, jatuhnya para ditaktor di Timur Tengah dan kebangkitan Islam di Timur Tengah adalah sebahagian daripada sandiwara Zionis ?

Jawapan : Alasan Syeikh Imran Hossein mendakwa akan berlakunya revolusi Timur Tengah memang sangat wajar. Sejak lama dahulu, Rabbai Fischmann, anggota Jewish Agency for Palestine, di depan UN Special Committee of Enquiry pada 9 Julai 1947 sudah mengatakan bahawa The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Ia termasuk sebahagian dari Syria dan Lubnan. Wilayah itu mencakupi wilayah Timur Tengah, tidak terkecuali Arab Saudi.

Jika anda perhatikan, siapakah yang beruntung dari terbongkarnya kabel diplomatik yang dilancarkan wikileaks antara Amerika dengan Negara-negara sekutunya? Israel atau dunia Islam? Di tengah krisis yang menerpa hampir seluruh Negara Timur Tengah, menariknya hanya Israel negara yang relatif masih bertahan.

Sejak tahun 2006, seperti dilaporkan oleh The Armed Forces Journal, dalam sebuah laporan berjudul The new maps of muslim world and middle east tergambar jelas rancangan perubahan peta dunia Islam di mana Amerika Syarikat akan memecah berbagai dunia Islam. Yang menariknya adalah Saudi yang akan dipecah menjadi tiga bahagian: Sunni, Syiah, dan sacred state (seperti daerah istimewa).

Melihat kepada persitiwa akhir-akhir ini, mungkin rancangan AS itu akan cepat terwujud. Kedudukan Arab Saudi sekarang diserang dari pelbagai sudut. Dari dalam, mereka diserang liberalisme. Sedangkan di Selatan mereka akan dikikis oleh Syiah Yaman. Para ahli politik dunia Arab menyebut bahawa perang antara Arab Saudi dan Iran sudah berlangsung di sempadan Saudi-Yaman. Houthi yang lebih taat kepada Iran dan mempunyai persamaan ideologi dijangka akan menyebarkan mazhab Syiah di Jazirah Arab. {3}

Kita memang sangat setuju dengan kejatuhan para diktator Arab di berbagai negara Islam. Namun menggantikan Mubarak, Ben Ali, dan Gaddafi dengan sistem demokrasi juga adalah tidak bagus. Dimana ada demokrasi, pasti disana ada Yahudi. Sekarang kita boleh lihat dengan jelas adakah parti-parti Islam yang komitmen untuk menjadikan negarannya dengan konstitusi syariat pasca revolusi?

Di Tunisia, Abdul Hamid Jalashi dari Parti An Nahdhah, mengatakan, “Kami Akan Bekerja Untuk Membangun Masyarakat Sekuler Pluralistik.” Di Mesir, dalam pertemuan dengan senator Demokrat (10/12) dari Massachusetts, pejabat Ikhwanul berjanji untuk menghormati hak-hak sivil dan perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani pada masa lalu, termasuk mengkaji kembali perjanjian damai Mesir dengan Israel.


Di Maghribi, lebih teruk. Dalam sebuah wawancara Al-Arabiya dengan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan Marocco, Abdullah bin Kiran, menegaskan bahawa akan memerintah sebagai parti politik dan bukan sebagai parti beragama. “Agama milik masjid dan kami tidak akan ikut campur dalam kehidupan peribadi warga,” ujarnya. Bin Kiran juga membantah bahawa partinya akan memaksakan jilbab pada perempuan Maghribi.
Who is this rebel “spokesman” pathetically asking Israel for help?
Di Libya, kedutaan besar Israel akan berdiri disana pasca tumbangnya Gaddafi. Jurucakap pembangkang Libya, Ahmad Shabani yang juga merupakan orang yang rapat dengan Israel. Kepada Akhbar Hareetz Israel, (2/8/11), Shabani pernah meminta Israel untuk turun padang menengahi keadaan yang kacau bilau di Libya. “Kami meminta Israel menggunakan pengaruhnya di masyarakat internasional untuk mengakhiri rejim Gaddafi dan keluarganya,” katanya.


Kenapa Israel sangat berkepentingan terhadap isu Libya? Kerana dalam senarionya, Libya akan dijadikan penguat pangkalan pertahanan Israel untuk mematangkan rencana mereka menguasai pangkalan Geopolitik Timur Tengah. Dengan meletakkan kepentingan Zionis di Libya, Mesir, Tunisia, Al Jazair, Somalia, dan Sudan, ia akan mengukuhkan jalur kekuatan ekonomi Israel dan otomatis membentuk order dunia baru (New World Order) yang semakin meng-hegemoni. Wallahua'lam. (Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi) {4} 

Semua yang berlaku di Timur Tengah kini adalah tipu muslihat Yahudi Zionis sebagai salah satu usaha mereka untuk menyambut Antichrist. Mungkin anda tidak percaya. Berikut adalah beberapa petikan menarik daripada buku-buku dan hujah beberapa tokoh Kristian dan Yahudi :

Third World War, which will begin between Israel and her Arab neighbors and spread to the entire world. Literally, out of the smoke and destruction of this Third World War, Antichrist will come striding! {5}

"...secara keseluruhannya, secara rahsia pemuka Yahudi sedang menyediakan tempat kembalinya Raja mereka (dibaca Dajjal) dari jalur keturunan Nabi Daud untuk memimpin dunia dan gerakan Freemason yang bertindak sebagai jaringan dan objektif kita. Gerakan Freemason telah digunakan bagi memanipulasi masyarakat (dunia) ke arah pelan yang dipilih oleh pemuka Yahudi untuk menguasai dunia." {6}


Dan dibawah adalah kenyataan rasmi daripada seorang cendiakawan Katholik Russia, Prof Sergei Nilus, yang dibunuh sebelum sempat melancarkan buku keduanya yang mendedahkan perancangan Yahudi Zionis dalam penantian kemunculan Raja mereka. Ia dipetik dari buku beliau bertajuk The Great Within The Small.

"….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh….."

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat."

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan….. Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.” {7} 

Penguasaan anasir jahat untuk memanipulasikan gereja bukan sekadar satu plot cerita satu karya seni semata-mata seperti yang dipaparkan di dalam novel Dan Brown, Angle and Demons, tetapi ia juga adalah satu kebenaran yang telah lama terlepas dari pandangan kebanyakan pihak. Buktinya, pada awal tahun 1770-an, Adam Weishaupt sendiri telah memeluk agama Kristian Katholik hingga dilantik menjadi paderi di gereja besar Ingolstadt. {8}


p/s: Dan Brown sendiri dalam novelnya, menyebut "all rituals, science, artworks and monuments in this novel are real."______________________________________________

1. QS Ali-Imran 3: 54
2. QS Ath-Thaariq ayat 86: 15-17
3. Jika benar Syiah akan menguasai Jazirah Arab suatu ketika nanti, maka merekalah yang akan menjadi golongan yang diperangi oleh Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadith sahih antaranya, Dari Jabir bin Samurah r.a dan dari Nafi' bin Atabah bin Abu Waqqash berkata : Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Kalian akan memerangi Jazirah Arab kemudian Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Persia dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Romawi dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Dajjal dan Allah menaklukkannya untuk kalian." Nafi' berkata; Jabir berkata; "Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan." [Hadith Riwayat Imam Ahmad: 1458] Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dari Nafi' bin Atabah. Rujukan lanjut - Amin Muhammad Jamaluddin, Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal, hlm 122
4. Petikan artikel terbitan EraMuslim.com, Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah, http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/imran-hosein-dan-konspirasi.html
5. http://www.cuttingedge.org/news/n1056.html
6. The Protocol of the Meetings of Elders of Zion, Protokol 4, 30. Buku Muhammad Nurani Maarif,Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 103.
7. Ibnu Yaacob, Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud, http://dajjal.wordpress.com/2007/12/08/teori-dajjal-sebagai-perancang-konspirasi-yahudi-sudah-lama-wujud/
8. Ibnu Yaacob, Rahsia Simbol Yahudi, Moon Media Enterprise, hlm 45
petikan dari 
 MACJAY.net

Dari beberapa siri BERSIH, kita sekarang sedang memulakan period pertama helah yang sama sebagaimana diterangkan di atas sana. Kepentingannya mungkin tidak sama sebagaimana matlamat bangunkan The Greater Jews sebagai  The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Tetapi ia akan menjadikan NWO mudah dilaksanakan. Buat sementara waktu umat Islam negara ini masih berkeras menolak kewujudan kerajaan dunia yang dikawal Yahudi, dibimbangi akan melambatkan proses tersebut.

Teliti semua episod Arab Spring (revolusi?) tersebut, adakah ia berpaksikan Islam? Jelas sekali tidak. Ia berperanan melebarkan Liberalisma dan Demokrasi Yahudi. Demokrasi akan membantu NWO (New World Order) sebagai kenyataan.

Telusurilah dengan hati nurani satu persatu peristiwa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini. Juga apa yang berlaku esok dan hari mendatang. InsyaAllah akan menjelaskan lagi bukti yang diketengahkan ini. Kekelabuan fakta menjadikan kita termangu-mangu dan salah langkah. Persepsi dendam kesumat dimarakkan agar rakyat melupakan kebaikan yang pernah diterima (perkara sama berlaku kepada Libya).

Pihak Barat dalam diam telah berkerjasama untuk mengangkat proksi USA sebagai pemerintah negara walaupun mereka tahu dia mempunyai masalah moral yang berat. USA telah berkomplot dengan negara sahabat dengan alasan untuk menghalang kebangkitan China. Itu hanya gimik Yahudi semata-mata sama seperti cerita ingin merampas minyak dari negara Arab yang diperangi (Iraq dan Libya). Licik permainan mereka.

Tidak banyak bezanya apa yang berlaku di sana dan di sini. Hanya manusia yang sudi berfikir akan dapat melihat muslihat halus ini. Sejak 2008 usaha menamatkan keamanan dan keharmonian terus berjalan. Kemarahan dan dendam terus dipupuk bagi membangkitkan sifat memberontak (hasilnya tidak banyak membawa kebaikan, lihat Indonesia yang penuh siri demonstrasi. Majukah negara Indonesia?). Pemberontakan mencetus huru hara dan kemusnahan. Apa kebaikannya?

Usahlah mendabik dada mengatakan anda seorang pahlawan memertabatkan bangsa dan negara. Jauhilah dari sikap hipokrasi. Akuilah bahawa anda sebenarnya seorang pendendam dan tidak punya sifat murni sebagai pemaaf. Pemaaf adalah sifat para Nabi dan Wali Allah. Sebaliknya kita membawa wadah bertentangan. Islam yang berakhlak ialah Islam yang suka memaafkan kesilapan sesama Islam. Anda bagaimana?

Ini bukanlah satu propaganda atau membangunkan sengketa sesama umat. Ia adalah bahan untuk difikirkan secara waras sejauh mana kita terbabit dalam merealisasikan impian Yahudi. semoga saya dan anda terhindar dari menjadi alat pekakas mereka.

Semoga Allah menamatkan segera niat Yahudi ini dan menyelamatkan Malaysia dari dikuasai mereka. Amin Amin Amin Ya Rabbal alamin.