Friday, July 22, 2011

Terlelap Dalam Sedar

Setiap manusia berada dalam keadaan benar kecuali jika ia berniat melakukannya dengan sengaja setelah ia tahu perkara tersebut adalah salah. Sekurang-kurangnya ia "benar" dalam ruang lingkup kepercayaannya sendiri. 

Kebanyakan yang berlaku ialah salah sangka atau tersilap tanggapan. Bersangka masih celik dan sedar terhadap setiap suatu yang wujud di hadapan mata. Tidak disedari beberapa ciri telah hilang dari pemerhatian. Adakah ianya berpunca silau dari cahaya yang terlalu terang atau terlepas pandang beberapa sisi yang terselindung? Cuba hayati kembali untuk mengetahui kedudukan sebenar pada pandangan mata hati.


Seperti mana yang saya bayangkan dalam beberapa artikel sebelum ini, fenomena ini telah menjelma di negara kita Malaysia, persis sebagaimana yang terjadi di beberapa buah negara Arab. Jangka masa terasa begitu cepat selepas beberapa negara Arab terjebak dalam persengketaan berdarah. Tidak dapat dinafikan ia adalah perancangan terbaik dan tentunya memenangkan "pencatur"nya.

APA MAKSUD POSTER INI?
Kemanakah halatuju yang hendak dibawa oleh penganjur perhimpunan "halal" ini? Ternyata mereka yang menciptanya amat mengharapkan dan tidak pula keterlaluan jika dikatakan mula mencintai kekacauan dan rusuhan. Dalam diam mereka panjatkan doa agar Kuala Lumpur dijadikan sebagai medan pertumpahan darah seperti di kota-kota negara Arab.

Ada yang melaungkan kalimat tauhid, bertakbir dan bertahlil semasa menghadapi kekangan pasukan keselamatan. Penuh semangat juang dan cuba merempuh sekatan. Apa tujuan mereka? Kelibat ini seolah mewakili pejuang akhir zaman untuk menumbangkan pemimpin negara yang "zalim" setaraf Muammar Ghadafi di Libya. Benarkah sangkaan mereka itu? Apakah mereka menyangka mereka adalah antara pejuang AlMahdi atau Putera Bani Tamin? Pemimpin mereka pula ialah para Mujahid akhir zaman? Adakah pasukan polis boleh dianggap sebagai musuh Islam?

Kenapa Libya dijadikan contoh? Samakah Malaysia dengan Libya? Apa asasnya? Syahidkah mereka yang mati dalam rusuhan dan peperangan sesama Islam? Kenapa mereka inginkan situasi sebegini? Makin menabjubkan (sebenarnya membingungkan), ia diterajui oleh non Muslim pula seorang pejuang anti-Islam yang tegar..

Tidak mustahil pula jika ada yang mengatakan poster ini disediakan oleh musuh mereka untuk memburuk-burukkan perjuangan mereka seperti kes pisau belati dan bom petrol. Namun kebenaran sukar untuk dibendung kepada orang yang cintakan kebenaran. Terdapat banyak tanda-tanda lain yang telah dan bakal muncul yang akan menceritakan perkara sebenarnya sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

Bagi pemikir yang waras, tujuan akhir penunjuk perasaan ini telah dapat dijangka. Ramai juga kalangan intelektual dapat menyingkap keadaan negatif yang bakal terjadi jika perhimpunan diteruskan. Malangnya ada yang tidak mengendahkan malah ramai yang mengambil persepsi sebaliknya terhadap pandangan ini. Segelintir memberikan komen sinis bahawa ia hanyalah sebuah teori dan andaian, samalah dengan teori konspirasi yang pada mereka ia tidak masuk akal. Dalam pada itu ada yang menuduh sumber tersebut telah terpengaruh atau diracuni dengan dakyah dan propaganda pemerintah.

Setelah peristiwa besar pertengahan tahun 2011 ini berakhir, ternyata andaian itu adalah benar, walaupun tidak keseluruhannya. Kita masih selamat dari bala yang kita sendiri usahakan. Alhamdulillah negara ini terselamat dari bencana kemanusiaan seperti yang dialami oleh rakyat Libya dan Syria. Masihkah penganut Islam di Malaysia masih kabur terhadap perancangan THH terhadap negara ini? Atau mereka terlelap dalam sedar? Semoga Allah mengampuni kita semua, insyaAllah.

Beberapa penulis yang berfikiran sederhana dan tidak berpihak telah menzahirkan pandangan yang cukup meyakinkan. Didasarkan kepada beberapa bukti nyata, jelas ianya didalangi oleh organisasi luar negara yang sama seperti mana yang dicaturkan terhadap rakyat Libya dan Syria.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah petanda bahawa demonstrasi akan menjadi satu trend baru yang berterusan (harap ianya tidak benar) walaupun sesiapa yang memenangi pilihanraya nanti. Pihak yang kalah akan menuduh pemenangnya berlaku tidak adil dan akan melakukan protes demi protes. Sudah tiada makna lagi "Demokrasi Berparlimen" yang diagung-agungkan para sekular. Sudah tentu pembohongan dan propaganda akan berkumandang sebagai alat untuk tujuan tersebut. Fitnah bakal menjadi senjata ampuh dan dusta sengaja diangkat sebagai kebenaran. Semua pihak akan terjebak dalam arus tamaddun baru kemanusiaan iaitu "kemunafiqan". Zaman dusta bermaharaja lela.

Keadaan di Malaysia tentu sekali akan menjadi lebih parah kerana kedudukan politik negara ini berpaksikan ras perkauman. Menjadi lebih celaru kerana pada prinsipnya kaum-kaum di Malaysia itu pula mewakili agama-agama yang berlainan.

Sistem politik mewakili kaum menjadi teras dalam sistem demokrasi negara yang berbagai etnik ini sejak dari zaman kemerdekaan lagi. Pada awalnya keadaan tenteram kerana etnik pribumi menjadi kuasa dominan dan etnik lain hanya menumpang mencari makan di sini. Keadaan sekarang sudah jauh berubah bila etnik pribumi mula berpecah dan kaum lain pula cenderung kepada kuasa setelah menguasai ekonomi. Inspirasi dari seberang tambak banyak mempengaruhi suasana ini. Tentu sekali keadaan sedemikian akan mempercepat terjerumusnya negara ke dalam sengketa yang cukup malang dan memudharatkan iaitu pergaduhan atau rusuhan antara kaum atau agama. Sebelum itu terdapat tanda-tanda orang Islam bakal bersengketa sesama sendiri.

Seperti lazimnya, yang kalah akan mendakwa mereka dizalimi dan segera meminta bantuan dari kuasa luar yang sedang menanti peluang sebagaimana yang berlaku di Libya sekarang.

Amat dibimbangi pengacara (pencatur) adegan kekacauan ini telahpun dapat menghidu bau darah yang mungkin akan mengalir di penghujung sengketa ini. Adakah percaturan mereta sudah sampai sejauh itu? Tiada siapa dapat mengesahkannya buat waktu ini. Semuanya termasuk dalam satu pakej yang terselimut dalam perancangan sulit mereka.

Demontrasi jalanan bakal mewarnai gelombang baru iaitu ketidak stabilan politik dan huru hara. Mulai sekarang semua rakyat Malaysia perlu bersedia menyesuaikan diri dengan trend tersebut setelah kita menciptanya. Gelagat para pemimpin politik yang pandai berpidato dan berupaya mempengaruhi (mind control) membawa orang ramai melalui siri demonstrasi jalanan untuk mendapat kuasa semakin mendapat tempat. Rakyat menjadi buta dan hilang kewarasan kecuali sedikit yang ingin terus berfikir. "Beruntunglah mereka yang berfikir", pedoman dari ayat yang berulang-ulang kali disebut dalam alQuranul Karim.

Mungkin pandangan ini akan dianggap keterlaluan, namun harus kita mengambil perhatian bahawa musuh negara di luar sana tidak akan senang selagi negara ini tidak jatuh ke dalam genggaman mereka. Inilah pekerjaan "Dajjal" mengaturkan kehidupan "Yakjuj dan Makjuj" yang bakal bersaing dan saling melakukan kerosakan demi kerosakan.

Jika tidak mahu berubah dan mahasabah diri, akan berlakulah keadaan luar jangka yang memberi laluan kepada musuh untuk menangguk peluang dan akhirnya akan menguasai keseluruhan kehidupan kita. Kita menyangka melakukan kebaikan dan meyakini bahawa kita berada di pihak yang benar. Namun kejahilan dan keangkuhan kitalah punca sebenar kecelaruan ini. Ketiadaan ilmu dan lemah daya fikir samalah seperti menyimbah minyak ke dalam api untuk memadamkannya. Akal kita telah ditutupi ego sendiri.

Berjuang biarlah kena pada tempatnya.  Jauhilah sikap mementingkan diri dan elakkan perbuatan melebihi batas.
mereka angankan  situasi ini dan menjadi "hero"

Saya pantulkan tulisan dua orang pengulas yang cukup bertenaga memberi kesedaran kepada setiap warga negara terutamanya kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke lembah hina. Apa yang mereka perjuangkan itu hanyalah satu sangkaan sahaja malah ia hanyalah satu caturan yang berwajah "kebangkitan palsu":

                                                                                                 

Syabas Sdr Aminuddin Yahaya semoga tulisan Saudara mencelikkan mata hati orang Islam yang terpesona dan terperdaya dengan apa yang mereka sangkakan, pergerakan untuk kebaikan sejagat dan hak asasi manusia ini. Sebenarnya apa yang kita bincangkan di forum ini hanya merupakan “the tip of the iceberg” sahaja.

Banyak daripada kalangan orang Barat yang menghormati Islam sebagai agama samawi sendiri kini mula menyedari dan sedang mendedahkan agenda jahat golongan ini yang didalangi oleh segolongan kecil manusia yang amat berkuasa di dunia sekarang. Mereka ini, yang turut menguasai pemikiran orang Barat yang jahil, sebenarnya adalah golongan yang menolak apa jua agama.

Mereka hanya berpura-pura beragama dan sebenarnya mempelopori pluralisme dalam agama untuk melemahkan pegangan manusia terhadap apa jua agama. Mereka sebenarnya amat membenci kitab-kitab Allah dan melihat agama apa jua sebagai penghalang kepada pencapaian citac-cita mereka. Mereka mahu mencorakkan dunia mengikut acuan, kehendak dan kepentingan duniawi mereka semata-mata. Puak-puak di luar daripada golongan ini, sama ada yang turut membenci Islam, atau yang mempunyai kepentingan sempit masing-masing, juga berselingkuh dan juga ada yang diperalatkan oleh golongan ini bagi mencapai matlamat mereka menguasai dunia dan sesisi alamnya sekali.

Mereka mempelopori feminisme, hedonisme, hak asas manusia termasuk untuk memilih cara hidup yang membelakang hak masyarakat dan hak-hak dan larangan Allah, “demokrasi ala mereka” termasuk menerusi social unrest dan social uprising, Amat malang dan malapetaka sekiranya bukan sahaja umara' malahan golongan Ulama terutama daripada parti PAS kelihatannnya amat sedikit pengetahuan tentang agenda golongan ini sehingga saudara seagama sendiri disangka musuh. Sedangkan orang-orang, yang sama ada secara mereka sedar atau tidak sedar, bersekongkol dengan golongan tersebut, dirangkul erat oleh ulama-ulama ini sebagai sahabat seperjuangan.

Ulama-ulama ini dikhuatiri telah tersesat jalan lantaran mereka gagal membaca tanda-tanda siapakah sebenarnya musuh Ummah di akhir zaman ini dan membiarkan diri mereka dan umara' diperalatkan oleh golongan ini untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui oleh saudara segama mereka sendiri. - cicit kudin


BERSIH Untungkan Siapa ?

Oleh Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Aminuddin
Saya tertarik apabila membaca komen seorang penulis dalam sebuah akhbar yang mengatakan bahawa semua pihak yang terlibat didalam BERSIH mengatakan mereka berjaya.

Jika ditanya pada polis, mereka akan kata mereka berjaya menahan demonstrasi haram. Kalau ditanya Ambiga, dia mengatakan BERSIH telah berjaya menyampaikan mesej. Kalau ditanya pimpinan parti politik, mereka juga mengatakan berjaya mengumpul dan menyedarkan masyarakat tentang kezaliman pemerintah.

Yang mengatakan rugi cuma peniaga-peniaga berdekatan yang terpaksa menutup kedai.

Bagi saya yang paling rugi ialah umat Islam!

Saya juga turut merasa sedih diatas apa yang berlaku terhadap rakyat yang ikhlas berjuang tetapi dipukul, disepak dan akhirnya ditangkap untuk ditahan di Pulapol. Peristiwa ini mengingatkan saya kembali akan apa yang berlaku pada tahun 1997 dimana ketika bangkitnya gelombang reformasi ramai rakyat yang terpaksa menghadapi mehnah yang tak kurang getirnya. Saya menyanjungi keberanian rakyat negara ini.

Namun disebalik itu saya bertanya pada diri sendiri, apakah mereka sedar apa yang mereka perjuangkan atau semata-mata mengikut apa orang lain buat?

Adakah mereka mengkaji siapa yang sebenarnya memainkan peranan disebalik demonstrasi BERSIH ini ?

Pernahkan mereka melihat dengan siapa mereka menentang? Adakah mereka menilai apa implikasinya kepada Islam dinegara ini?

Saya yakin ramai umat Islam tidak benar-benar mengetahui matlamat perjuangan ini melainkan hanya mahu melihat pemerintah jatuh.



Tanpa kita sedar pergerakan seperti ini sebenarnya telah di pelopori oleh sebuah NGO bernama National Endowment For Democracy yang berpangkalan di Washington, US yang telah mempunyai jaringan seluruh dunia yang menggelarkan diri mereka sebagai “World Movement Of Democracy”.

World Movement for Democracy
WMD

Mereka ini memperjuangkan Civil Society (masyarakat madani) yang beriman bahawa semua manusia perlu menerima nilai-nilai sejagat yang menuntut persamaan, dengan menolak keistimewaan mana-mana kaum, dalam semua aspek termasuk agama dan hak wanita.

Mereka berjuang atas istilah “Human Rights”. Antara strategi mereka ialah dengan menggerakkan rakyat bagi mendesak kerajaan menerima tuntutan mereka. Mereka juga telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk “Defending Civil Society” pada tahun 2009 dan mendapat persetujuan beberapa pemimpin dunia yang mana salah seorang dari mereka ialah pemimpin pembangkang negara.

Network mereka sangat kuat dan licik dan mereka bertemu setiap 2 tahun sekali untuk berkongsi pengalaman, kali terakhir di Jakarta pada tahun 2009.

Walaupun mereka menafikan tetapi isu BERSIH ini tidak lagi menjadi suara NGO yang benar-benar inginkan kebenaran tetapi sebaliknya menjadi agenda gerakan demokrasi ini. Malangnya parti-parti politik negara dan umat Islam dipergunakan bagi memperjuangkan agenda mereka.

Saya juga rasa terkilan apabila melihat Ambiga, seorang aktivis yang jelas menentang Islam, secara tiba-tiba menjadi hero kepada umat Islam.

Bukan itu saja umat Islam sanggup duduk dibelakang beliau dan mempertahankannya. Ini suasana yang sukar untuk di bayangkan.

Baru setahun dua lepas beliau dengan lantangnya menyokong semua tuntutan IFC dan menuntut kerajaan menerimanya sehingga NGO-NGO Islam terpaksa bertungkus lumus mempertahankan Islam. Kenapa ini semua tidak pernah dikirkan oleh umat Islam?

Siapa yang menjadi alat dan diperalatkan, Ambiga atau umat Islam?

Siapa yang bergaduh sesama sendiri, umat Islam atau orang lain? Siapa yang ramai ditangkap, umat Islam atau orang lain? Siapa yang ramai cedera, umat Islam atau orang lain? Siapa yang ingin dijatuhkan, orang Islam atau orang lain?

Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin politik Islam yang begitu bersemangat sehingga menyatakan bahawa demonstrasi jalanan ini akan diteruskan jika BN masih tidak mahu berubah.

Semua ini dihujah atas dasar rasuah yang ada dan juga pelbagai kelemahan dalam pemerintah. Walaupun tidak ada nas yang sahih mengatakan umat Islam boleh bertahalluf dengan puak kafir bagi menjatuhkan umat Islam yang lain, tetapi semua ini sudah dikaburi oleh bayangan kerakusan mendapat kekuasaan yang menggila. Siapa ketuanya? Apa agendanya? Siapa yang membiayainya? Apa implikasinya kepada Islam?

Semua ini sudah tidak menjadi perhitungan umat Islam. Yang penting kerajaan mesti disungkurkan ke bumi.

Fikiran rakyat tidak lagi diisi dengan ilmu yang mantap sehingga begitu mudah dikaburi oleh ism-ism yang diperjuangkan Barat dengan menyangka bahawa itulah Islam. Umat Islam tidak lagi kenal mana musuh, mana kawan. Mana yang harus kita berbeza dan yang mana harus kita bersama.

Umat Islam keliru dengan istilah-istilah Barat seperti demokrasi, liberalisasi, humanism, sosialism dan yang seumpamanya.

Setelah Barat gagal membaiki kaum mereka dengan istilah-istilah ini maka mereka kini melontarkannya pula kepada puak timur dan amat malang pihak timur (umat Islam) menerimannya secara bulat-bulat.

Pimpinan Islam juga dikelirukan antara "keadilan" Islam dan "kesamaan" Barat. Pengikut pula bertaqlid secara buta kepada pimpinan sehingga menganggap selain dari itu adalah kebatilan.

Medan-medan yang disediakan untuk mendampingi masyarakat bukan lagi menjadi tempat untuk menyebarkan ilmu tetapi menaikkan sentimen kebencian kepada umat Islam lain.

Akhirnya siapa yang rugi kalau bukan umat Islam. Siapa umat Islam itu kalau bukan orang Melayu.

Kalau Melayu rugi, Islam rugi,   habis…. BERSIH ini untuk siapa???



Sunday, July 17, 2011

ISLAM x SEKULARISME




ISLAM vs SEKULARISMA
Muslim hari ini telah terperangkap dalam satu sistem pemerintahan yang dirumus oleh pemikir Yahudi Antarabangsa selepas era penjajahan. Sistem yang terpusing jauh dari halacara pemerintahan mengikut apa yang ditetapkan oleh Islam ini sengaja dijadikan prasyarat jika ingin bebas. Ia telah dipaksakan oleh penjajah secara halus, oleh kerana terlalu ingin segera memerintah sendiri, anak negeri tidak sedar bahawa sistem tersebut mempunyai sejenis virus yang akan merosakkan seluruh sistem hidup Islam secara perlahan-lahan. Setelah melalui pelbagai peristiwa getir, baharulah anak negeri mengetahui kedudukan sebenar dan niat jahat penjajah yang bermukim dibawah pengaruh Yahudi Antarabangsa itu.

Negara-negara Islam termasuk Malaysia yang terlepas dari kongkongan penjajah Barat telah mengalami kesukaran untuk melepaskan diri dari sistem yang hanya sesuai untuk Kuffar ini. Sebuah fitnah besar menimpa umat Islam akhir zaman. Sistem yang dipaksakan itu ialah sekularisma.

Sekularisme, satu isu dan fenomena yang tidak pernah berhenti perbincangannya. Agama dan kehidupan bagai ada pembatas antara kedua-duanya. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Sedangkan agama itu sendiri bererti cara hidup. Lalu, jika bukan agama yang dijadikan cara dan sistem hidup, maka sistem manakah yang diambil? Hanya dua sistem yang wujud selain Islam iaitu sistem jahiliyyah yang bodoh dan sistem hawa nafsu yang serakah.

Umat akhir zaman ini, jika dilihat dari pelbagai sudut, pelbagai jugalah jenisnya. Jika dilihat dari segi sekularnya, pelbagai jenis sekular yang ada. Bahkan tidak kurang juga mereka yang merasakan selamat daripada sekularisme sambil merasakan orang lain pula yang sekular, tetapi mereka sendiri pun adalah sekular dalam sudut yang lain. Sangat hairan melihat gejala ini, Islam hanya diterima sebahagian. Ke mana perginya Islam yang masih berbaki? Na'uzubillah..

Sekular yang paling mudah dilihat ialah dalam pemerintahan dan pentadbiran, atau disebut oleh orang sekarang sebagai politik. Bagaimana mereka melihat politik itu sebenarnya? Adakah politik itu hanya urusan berpilihanraya dan urusan buat projek? Adakah politik adalah agenda memenuhkan poket sendiri dengan duit rakyat? Tentu sekali tidak.

Politik sepatutnya membawa manusia kepada Allah. Pemimpin sepatutnya membawa manusia makin hampir dengan Allah, bukan membawa kepadanya atau kumpulannya. Bukan kepada harta mahupun hiburan. Adakalanya wasilah tertukar menjadi matlamat sehingga hilang tujuan dan "asolatud da'wah". Tiada bezanya dengan sang kafir yang jahil dan haloba. "Kami buat bangunan dan kebajikan untuk rakyat." Ini bukanlah pembeza antara politik Islam dan kufur. Bahkan adakalanya sang kafir lebih baik sistemnya dalam urusan material dan kebajikan.

Jika kita terselamat dalam urusan politik, adakah kita selamat dalam urusan pemakanan dan kegunaan seharian? Bukankah Islam turut menetapkan sistem pemakanan halalan toyyiban untuk kita? Sangat hairan rasanya apabila manusia kini bagai binatang dalam soal pemakanan. Tahukah anda bagaimana binatang makan? Tidakkah kita tahu bahawa binatang itu makan apa sahaja yang boleh mengenyangkannya dan memuaskan nafsu serakahnya? Tidakkah kita sedar bahawa binatang itu tidak pernah memilih-milih dalam menentukan kesucian makanan?

E-Kod yang syubhah / haram...


Memang menghairankan. Ulama terdahulu sangat menjaga urusan pemakanan kerana mereka tahu kesan makanan haram dan syubhah terhadap akhlak dan rohaninya. Bahkan inilah antara perkara yang susah dijaga apabila seseorang telah hilang sifat warak yang sepatutnya menghalangnya daripada menurut hawa nafsu semata. "Mari perjuangkan Islam!! Takbir!!!". Seminit kemudian, coca cola, E471, E475, ayam suntik dan lain-lain produk syubhah serta haram mula memasuki mulut "pejuang Islam" tersebut. Pemakanan tidak lagi menjadi ibadah dan pemberi tenaga untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya menjadi wasilah yang bermatlamatkan, ber"hadaf"kan, ber"ghoyah"kan hawa nafsu.

Bagaimana pula dengan pendidikan? Ramai yang melihat ilmu adalah untuk wang. "Kamu belajar tinggi-tinggi ya, nanti boleh kerja hebat dan dapat banyak duit". Ilmu tidak pernah ada tujuan lain melainkan untuk hampir kepada Allah. Akhir zaman ini ilmu mula hilang nilai dan kualitinya apabila ilmu hanya untuk sijil yang akan digunakan untuk cari kerja. Sangat sukar dalam menuntut ilmu apabila ilmu menjadi musuh sehingga berlaku "peperangan" dalam peperiksaan. Peperiksaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah pengukur "kekuatan senjata" sebelum berperang dengan jahiliyyah di luar sana. Jika tiada peperiksaan sekalipun kita tetap perlu bersedia dan berilmu.

Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman, ilmu mula diangkat satu persatu. Jahilyyah mula menjelmakan diri. Pengikut-pengikutnya tidak kurang "hebat"nya. Sabar dalam penantian, moga terselamat daripada fitnah akhir zaman. Masih banyak sekular yang lain yang perlu kita perhatikan seperti akhlak Islam dan sunnah Nabi yang banyak ditinggalkan orang sekarang. Moga Allah menyelamatkan kita.

Namun, akhir zaman ini kelihatan pelbagai penemuan mula membuktikan satu persatu kebenaran Islam. Sekular akan berakhir apabila sistem Islam mula menampakkan kerelevenannya dan kesesuaiannya dalam mengurus kehidupan. Bukan sekadar urusan agama yang difahami oleh sebahagian manusia iaitu sistem politik, ekonomi dan sosial, bahkan ilmu berkaitan akal juga akan turut membuktikannya. Yakinlah dengan kemenangan Islam yang pasti akan muncul. Yang perlu kita fikirkan ialah, adakah kita akan menjadi salah seorang tentera Al-Mahdi dan kumpulan "Panji Hitam", atau tentera Dajjal dan sekutunya???

Wallahu'alam.

pilihan anda
kredit untuk DEVOTEE 

Friday, July 8, 2011

Kebetulan? Demokrasi ialah alat Iblis...

Kiss Of ‘Democratic’ Death: Israel’s Plot To Take Down Syria & Malaysia
"Keperluan menentang penindasan tidak perlu mengguna pakai gaya hidup atau transformasi politik. Ia merupakan satu gejala kekal keadaan semula jadi manusia." ~~ Jonathan Azaziah



Entiti Zionis dan jenayah rangkaian sekutu 

'Revolusi Syria' adalah sebuah operasi ketidakstabilan yang diciptakan oleh rejim Israel dibantu oleh sekutunya di Washington DC, Paris, London, Riyadh dan wajah-wajah lain yang bersembunyi di sebalik topeng persahabatan dan berkecuali. Ini merupakan tawaran pilihan untuk selamatkan diri. Sejarah yang membawa kepada peristiwa-peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelumnya bagaimana Tel Aviv dan Riyadh sekali lagi berganding bahu dalam zaman moden ini untuk menghapuskan halangan untuk kepentingan bersama.

Al-Jumhuriyyah al-Arabiyyah dikenali sebagai -Suriyyah, Republik Arab Syria, atau Syria, secara sistematik sedang diserang oleh kuasa-kuasa yang sombong dan takbur di dunia.  Syria tidak dihujani dengan bom dan peluru berpandu dari helikopter atau F-16 (sekurang-kurangnya belum berlaku). Ia dihujani oleh sesuatu yang lain, sesuatu yang lebih jahat, lebih licik dan deadlier. Ia dihujani oleh entiti yang terselindung dari kekerasan sepenuhnya iaitu 'Demokrasi' rekaan Zionis, suatu senjata yang amat mengelirukan manusia sejagat yang secara halus dikuatkuasakan oleh Zionis. Penawaran terhadap hidup lebih bebas, mewah dan maju yang bakal dinikmati rakyat Syria digembar gemburkan supaya rakyat menolak pemerintah sedia ada.

Seperti dart katak beracun dari hutan hujan Amazon, dan Octopuses beristri biru berenang di dalam kolam air pasang Pasifik dari Jepun ke Australia, 'demokrasi' ini dikaitkan dengan idea keindahan yang kelihatan megah. Ia digambarkan sebagai sesuatu keunikan, ciptaan paling unggul dari institutusi pendidikan tertinggi dari Barat; sebenarnya sesuatu yang asing kepada dunia Timur, terutama orang-orang keturunan Arab dan Afrika. 

Walau bagaimanapun,  keindahan 'demokrasi' adalah semata-mata cantik dan mulia dipermukaannya sahaja, terdapat racun yang tersembunyi di belakangnya. Beberapa bahagian di luar dilihat amat menyenangkan mata. Racun ini boleh membawa kematian dalam keadaan tidak disedari. Semut yang menghurungi gula akhirnya mati dalam timbunan gula tersebut, begitulah gambarannya. Demokrasi ini adalah ciuman maut, bakal membawa kehancuran, perampasan secara terpaksa dan cloaked (tersembunmyi) dalam pakaian kebebasan, kesaksamaan dan pelajaran tinggi. 

Jika sekiranya demokrasi adalah sebuah entiti yang berasal dari wanita, ia adalah succubus sebuah tradisi mitos (female demon appearing in dreams who takes the form of a human woman in order to seduce men, usually through sexual intercourse.). Jika ia adalah berasal dari lelaki, ia akan menjadi kengerian. Orang Timur, Arab dan Afrika, boleh bercakap selama beribu tahun tentang apa yang 'demokrasi' ini bawakan, sebenarnya demokrasi adalah amat jelas mewakili iblis. 

Rakyat Syria harus berhati-hati, kini 'demokrasi' mensasarkan negara anda setelah Libya; ambillah pengajaran dari pertumpahan darah saudara-saudara kamu yang ditindas di Iraq, "keajaiban demokrasi" telah membawa 6 juta rakyat Iraq sebagai pelarian, 2 juta maut, 2 juta wanita Iraq kini adalah para balu, 5 juta kanak-kanak Iraq kini anak-anak yatim dan 80% dari keseluruhan rakyat Iraq telah menyaksikan siri tembakan, penculikan, rogol, pembunuhan dan kekejaman . Kini masih berlarutan menjadikan sebahagian rakyat Iraq kembali rindukan zaman pemerintahan Saddam, pemerintah yang dikatakan kuku besi dan zalim oleh Barat itu. Rakyat Iraq baharu mengenali apa itu demokrasi sebenarnya.

Rakyat Afghanistan, masih lagi terasa bahang penekanan risikan tentera Amerika lebih dari 4 dekad, juga boleh memberitahu anda secara lengkap apakah manfaat kegemilangan demokrasi, iaitu 7.4 juta lelaki Afghanistan, wanita dan kanak-kanak yang kini hidup dalam kelaparan dan berada di ambang kematian terhasil daripada penjajahan yang disebabkan oleh sistem zionis yang dipaksakan kepada mereka.

syaitan 'demokrasi', dilihat berpesta ke atas Gaza;
sekarang mengidam
 Syria pula dan seterusnya...
Palestin, tanah suci dan bersejarah, telah didiami oleh sebuah entiti yang bersifat perampas selama lebih 63 tahun. Entiti yang memanggil diri mereka 'Israel' juga memanggil dirinya sebagai "satu-satunyanya demokrasi di Timur Tengah". Palestin menjerit pada dunia, siang dan malam, bahawa demokrasi ini adalah adalah pembohongan dan penuh sinis, lawak dan lucu. Tanah etnik Arab Palestin kini dibersihkan dan dikenali sebagai 'Israel', sekurang-kurangnya 30 undang-undang yang diwujudlan untuk mendiskriminasi secara kejam terhadap orang bukan Yahudi. 

Di Syria, bukanlah seperti yang digambarkan oleh media. Bukanlah satu revolusi Islam seperti yang sering disanjung oleh kebanyakan umat Islam. Sebaliknya ia sebuah ilustrasi dari Iblis yang ingin mewarnai Syria dengan "demokrasi" ciptaan zionis. Untuk itu Asad mesti digulingkan dan proksi merampas kuasa untuk kepentingan Israel memperluaskan wilayahnya.

Presiden Syria Bashar al-Assad sasaran
Zionisme seterusnya
 

  
Dalam era Asad menjadi presiden, pembangunan pembelajaran meningkat pesat dan ramai rakyatnya telah celik huruf. Rupanya inilah mala petaka bagi dirinya bila rakyat dengan mudah dihasut pula untuk menentangnya. Sesawang sosial dipergunakan dengan meluas dan usaha diatur mewujudkan kelompok yang membenci kerajaan. Hasutan semakin hari semakin lantang, berita dusta ditabur dengan hebat.  

Helah ini berjaya mengucar kacirkan Syria sekali gus menekan Presiden Asad. Senjata dibekalkan secara sembunyi kepada penentang. Media menghebahkan kekejaman tentera kerajaan secara satu arah dan tidak membuat liputan buruk terhadap penentang.

Syria adalah medan paling hampir dengan Israel bertepatan dengan hasrat mereka mencipta Israel Raya. Namun mereka tidak akan berhenti sahaja di sana, mereka mahu seluruh dunia terutama yang membencinya dimusnahkan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Malaysia kini sedang memasuki fasa mula permainan mereka dan akan mengikuti laluan yang sama dengan apa yang berlaku di negara Timur Tengah.



Untuk Siapa? Satu pertanyaan yang seakan melucukan. Adakah boleh dipercayai bahawa ia adalah untuk negara Israel timur iaitu Singapura? Cuba renungkan, bila Pakatan menang pilihanraya nanti, kawasan parlimen di bandar-bandar besar akan dipinda. Penambahan kerusi yang banyak ini akan memberikan peluang DAP untuk mendominasi politik malaysia sepenuhnya walaupun pada luaran diterajui oleh "reformis" Melayu. Inilah masanya Singapura menyertai semula Malaysia dan ahli parti komunis Malaya (bintang tiga) pula dibenar bebas bergiat dalam politik secara terbuka. 

DAP yang sekian lama berlakon sebagai sebuah parti politik Malaysia, sebenarnya adalah proksi PAP. Ia pasti dibubar apabila tiba masanya dan bergabung semula dengan induknya PAP. Semua ahlinya (semua kaum China?) menyertai PAP yang berpusat di Singapura. Sejak dari tarikh ini, Melayu Malaya dan Bumiputra Sabah Sarawak hanya termangu dan melihat apa yang terjadi dengan mata putih, negara telah dikuasai pendatang. "Reformis" yang tadinya angkuh bertahta sebagai PM akan didesak melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada ketua PAP menjadi PM (berlakulah Malaysian Malaysia seperti yang mereka laungkan selama ini.. Melayu Pakatan yang menang dan bersorak gembira pada mulanya kini tersedar bahawa mereka hanya menang sorak sahaja.

Singapura Raya terbentuk dengan resminya meniru Israel raya. Kerusi yang banyak dalam sistem demokrasi akan memberi lesen yang sah untuk mereka meminda perlembagaan negara. Klausa Islam dan Raja-Raja akan dimansuhkan dari perlemgaan baru ini. Hilang lenyaplah riwayat Persekutuan Tanah Melayu dan diganti dengan Malaysian Union sebagaimana kehendak British pada era kemerdekaan dahulu. Tiada lagi negara Melayu dalam peta dunia.

Greater Sin
Sayugia diingat, bilamana pendatang menguasai politik, mereka tidak akan senang selagi ada ruang kebangkitan semula pribumi, mereka tidak akan mengizinkan untuk ditewaskan oleh pribumi semula. Ultrakiasu tetap besikap sedemikian, mereka masih belum yakin selagi tidak menguasai segalanya. Mereka tahu, andainya terjadi, nasib mereka tentu sahaja menjadi tidak menentu terutama bila kaum pribumi berusaha menghalang berulangnya peristiwa yang menyakitkan tersebut.

Untuk itu akan berlakulah peristiwa penghijrahan beramai-ramai boroh murah dari negara China atas alasan membantu meningkatkan pembangunan negara. Kedatangan rakyat Indonesia, selatan Philifina atau Melayu Pattani akan dihalang seketat-ketatnya. Hanya mengizinkan sedikit pendatang India bukan Islam dan majoritinya akan dibawa terus dari negara sebangsa mereka sama ada China atau Vietnam. Tujuan utamanya tentulah untuk menguasai setiap ruang dan peluang yang ada di negara ini disamping mempunyai undi yang cukup dalam setiap pilihanraya. Inilah wajah demokrasi moden yang bakal dilalui oleh Malaysia, jika pemerintah Islam gagal mendominasi pilihanraya.

Sebahagian dari rakyat Malaysia sudah mula terhidu permainan ini. Cuba memberi kesedaran kepada sebahagian yang lain. Seperti yang diduga, ia tidaklah semudah yang difikirkan dan ternyata masih sukar diterima terutama oleh pengikut taksub beberapa buah parti politik Melayu. Taksub menyebabkan akal menjadi beku dan menghalang pengikut tersebut melihat kebenaran. Mereka sering berburuk sangka dan menganggap musuh politik mereka adalah jahat. Para pemimpin mereka pula telah tenggelam dalam angan-angan untuk menjadi juara. Agama (Islam) telah diketepikan demi mencapai hasrat untuk menjadi penguasa. Tanpa Islam, kezaliman akan tetap berlanjutan, Ini adalah fakta bukan andaian semata. Mereka akan melakukan hal yang sama dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya jika mereka berkuasa atau mungkin lebih buruk.

Apa yang telah berlaku di negara Arab tersebut hampir sama dengan apa yang sedang dimulakan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Jarum suntikan ditusuk dengan perlahan-lahan dan ia harus memberi gambaran keburukan pemerintah dan membuahkan isu memihak penentang.  Kes terbaru BERSIH 2.0 telah diatur seakan sama dengan apa yang berlaku di Libya Mesir dan kini Syria. Zionis akan menjadikan negara ini bergolak dan lemah dan ini memaksa pemerintah terus menerus mengharap sokongan dan akur segala permintaan mereka sebagaimana Iraq sekarang.

Bersih adalah alat propaganda yang boleh mencipta beberapa isu lain. Tujuannya ialah untuk memenangkan penentang baik secara formal atau sebaliknya. Proksi Zionis melalui USA sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara bila pemerintah sedia ada tumbang melalui demonstrasi sebagaimana di beberapa negara Arab. Propaganda akan menjadi lebih mudah bila pasukan keselamatan yang selama ini dilabelkan sebagai entiti zalim melakukan kesilapan atau dipaksa melakukan kesilapan. Sokongan rakyat akan berpihak kepada mereka yang (dikatakan) telah dizalimi oleh polis yang secara zahirnya mewakili pemerintah sedia ada.

Kecerdikan kerajaan dan rakyat Malaysia bergantung sejauh mana mereka mengetahui hala tuju musuh dunia ini. Juga sejauh mana mereka menghalang racun yang sedang menular dalam sistem politik negara. Demokrasi adalah syaitan yang berwajah indah. Resipi Yahudi untuk kita semua.

Diharapkan Melayu (bagi saya Melayu itu adalah Islam) menjadi semakin cerdik menelah kerja jahat musuh Islam ini dan menghalangnya berlaku sesuatu yang amat kita kesali sepanjang hayat. Melayu harus bersatu kembali sepaya dominan dalam mengatasi masalah yang semakin kritis ini, jangan sekali-kali menjadi musuh kepada bangsa sendiri dan melantik bukan Islam sebagai pemimpin. Jauhilah pemimpin yang jelas mempunyai gerak kerja yang meragukan apatah lagi jika terbukti ia seorang munafiqin. Semoga bangsaku bangun kembali membina komoniti Islam yang paling utuh di atas muka bumi ini.


artikel menarik sepanjang masa

Total Pageviews