Pages

Thursday, December 2, 2010

SENSASI

Maklumat terkini mengenai MAHADAYA yang disampaikan oleh seorang anon di blok zamanynews.  Saya paparkan di sini untuk pengetahuan para pembaca. Berhati hatilah semoga anda terselamat dari tipudaya.

agama baru ciptaan mahadaya

Sang Penipudaya @ Mahadaya ni pernah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Melaka dan JAKIM bagi tujuan dialog berkaitan aliran kepercayaan ‘ Asalama’ yang dibawa. Di awal perbincangan tersebut Sang Penipudaya ni secara terangan mengaku bahawa dia bukannya seorang Islam malah mengaku bahawa beliau sentiasa mendapat bimbingan terus dari ‘Alaha’ (tuhan rekaan beliau @ Azazil) malah di akhir sesi tersebut dia turut mengakui bahawa dia adalah Rasul/Nabi.  Turut didakwa beliau bahawa kandungan Kitab suci AlQuran telah dipinda oleh Nabi Mohamammad SAW dengan penambahan baris. Apabila beliau diasak dengan beberapa persoalan berkaitan ‘Kalam’ Allah ternyata Sang Durjana Penipudaya ini langsung amat cetek dan dangkal sama sekali fahamannya yang lebih menjuruskan kepada rupabentuk AlQuran secara fizikal yang sepertimana yang ada seperti sekarang. 


Sang Penipudaya ini juga apabila diminta baca Surah Al-Fatihah mengikut kefahaman dan cara beliau yang kononnya bersih daripada pindaan manusia tanpa sebarang baris ternyata yang terzahir adalah berbagai bentuk bunyi yang setiap patah ayat hanya berakhir dengan ‘aa’ ‘aa’ gagap saja, lintang pukang tiada sebarang disiplin ilmu seperti kononnya dari seorang bertaraf Nabi/Rasul. Semakan juga didapati hanya 2 orang pengikut beliau sahaja, ternyata tiada siapa berminat untuk menjadi pengikut kepada Rasul terbaru ini di pasaran walaupun dikesan dia ni orang besar dalam sektor korporat di Malaysia yang dikhuatiri akan menggunakan kedudukannya untuk melebarluaskan ajaran karut tersebut dan ternyata Mahasuci Allah tidak akan membenarkan kekarutannya terus merebak. Kononnya nak tunjuk pandai tapi haprak saja tiada apa pun hanya ilmu yang diceduk daripada sana sini dari fahaman agama Hindu dan dari sumber entah apa-apa. Riuh rendah saja dalam dalam laman siber orang dan turut menyebuk dalam setiap laman-laman yang seumpama ini. Pihak JAIM telah memisahkan anak dan isteri beliau atas dasar beliau telah murtad dan juga akan mewartakan kesesatan beliau dalam masa terdekat. 

Monday, November 1, 2010

ajal - pengakhiran sebuah kehidupan


















Pengalaman Tuan Zamany:



  • Seperti yang telah dimaklumkan di dalam ruangan komentar di dalam artikal keluaran yang lalu, saya ada menceritakan serba sedikit pengalaman saya sendiri bertemu dengan Malaikat Maut yang berlaku 24 tahun yang lalu. Sewaktu itu saya mengalami sakit yang ganjil hingga doktor pun sukar untuk menentukan apakah jenis penyakit itu. Berbulan-bulan lamanya terlantar di hospital, tanpa dapat diperbuat apa-apa, akhirnya kami berusha untuk mencari rawatan alternatif. Malangnya tiada siapa pun yang dapat mengubatinya. Saya tetap begitu juga. Panyakit yang saya alami serupa dengan angin ahmar tetapi bukan angin ahmar. Tubuh badan tidak dapat bergerak dan merasakan apa-apa dari hujung kaki hingga ke leher. Hingga tidak boleh merasa untuk membuang air kecil dan besar. Hanya bantuan dari hospital yang membuat ianya keluar dari tubuh. Kemudian, tubuh tidak dapat merasa apa-apa, tetapi apabila dicucuk dengan jarum ia berdarah. Saban hari saya dikunjungi oleh kumpulan doktor-doktor pakar, namun tiada juga penyelasaiannya. 

  • Setelah lama menderita begitu, satu subuh secara tiba-tiba saya dikunjungi oleh sekumpulan 7 orang berjubah putih mengelilingi katil. Seorang dari padanya memberi salam dengan menyebut nama kawan dengan lengkap dan kemudian ia bertanya "Jika aku ambil nyawamu di waktu ini, apa yang mampu kamu lakukan ?". Saya tergamam sebentar, kemudian sudah dapat memahami bahawa mereka inilah Malaikat Maut dan menyedari mungkin telah tiba ajalku, maka saya jawab "Tiadalah daya dan upayaku untuk berbuat apa-apa, aku serahkan seluruhnya kepada Allah, jika telah memang sampai sudah ajal bagiku.. aku redha jika Allah juga redha pada ku ". Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa, hanya menyampaikan pesanan dan amarannya kepada saya. Saya pula sempat juga memohon untuk disampaikan beberapa permohonan ke hadrat Allah. Tetapi malangnya tiadalah dapat saya kisahkan didalam ruangan ini apa-apa perbualan saya dengannya kerana saya beranggapan bahawa semua perbualan antara saya dan dia itu merupakan rahsia peribadi yang tidak mungkin dapat saya dedahkan kepada sesiapa juga pun. Biarlah ia menjadi rahsia yang saya akan bawa hingga ke liang lahad sahaja.

  • Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah suasana di kala itu. Saya memandang dia di dalam keadaan yang biasa, tetapi roh menjadi amat gementar hingga keluar peluh sejuk di dahi. Terasa amat kerdilnya diri di hadapannya, ngeri yang teramat hingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Walau hingga ke hari ini pun tetap dapat dirasakan akan kesukaran pada waktu itu. Ia benar-benar menginsafkan saya. Tiada terhingga rasa nikmat yang Allah kurnia, memberi waktu untuk mempersiapkan diri berhadapan dengannya suatu hari nanti. saya ibarat mati hidup semula.

  • Berbalik kepada jasad yang sedang sakit terlantar diatas katil. Pada keesokan harinya, sekitar jam 2.30 pagi, saya dikunjungi oleh seorang doktor yang memakai kupiah tetapi lengkap dengan pakaian doktornya. Di dadanya tertera tanda nama "Daud". Ia juga seperti doktor-doktor lain yang apabila datang akan memeriksa fail pesakit yang tergantung di hujung katil. Kemudian membuat beberapa ujian, mencucuk jarum dibeberapa tempat. Setelah membelek-belek tubuh badan saya, ia pun menulis di dalam fail pesakit itu sambil berkata "Saya doktor Daud dari bahagian Urology, sekarang saya telah rekomen beberapa ubat untuk dimasukkan ke dalam tubuh awak, minta nurse yang pertama datang nanti untuk melihat arahan yang saya tulis ini... jangan lupa tau !, awak akan pulih esok". Kemudian ia pun pergi. 

  • Tidak berapa lama selepas itu, nurse yang bertugas untuk waktu itu pun masuk. Saya terus memanggilnya dan memintanya membaca arahan yang telah ditulis oleh doktor Daud tadi. Apabila ia melihat saja arahan itu, ia langsung bergegas pergi mengambil ubat dan mula mengantungkan pada tiang di situ, ia masukan drip air garam galian di dalam tubuh saya. Waktu itu lebih kurang jam 3.40 pagi, kemudian saya terlelep sebentar. Apabila hampir jam 5 pagi saya pun terjaga, tiba-tiba saya sudah boleh duduk di katil tetapi antara pinggang ke kaki dirasakan masih berat. Kemudian nurse tadi datang semula menganti tabung drip air yang telah kosong. Saya duduklah di situ, tanpa berbuat apa-apa. Lebih kurang jam 6 pagi, sekumpulan doktor yang biasa saya jumpa itu pun masuk. 

  • Mereka amat terkejut melihat saya sedang duduk, lalu mereka semua mengerumun di situ. Mereka lihat fail pesakit, kemudian bertanya berbagai-bagai soalan berkenaan doktor Daud. Saya katakan ia dari unit Urology. Tetapi semua doktor itu juga dari unit yang sama, namun tidak pula ada yang bernama "Daud". Mereka semua kehairanan malah mereka semua pergi mencarinya di unit tersebut tidak juga bertemu.

  • Akhirnya, setelah 8 ke 9 kali nurse menukar tabung drip air yang tergantung pada besi, saya semakin sihat. Malahan saya telah pun berjalan-jalan ke sana ke mari termasuk ke tandas untuk membuang air. Bergerak sendiri tanpa bantuan sesiapa. Doktor-doktor kelam kabut, semuanya datang melihat saya di situ kerana beranggapan ia adalah keadaan yang amat ganjil pada mereka... kedengaran kata-kata sebahagian dari mereka "It's a marvellous..god help " sambil mengeleng-gelengkan kepala mereka. Saya sendiri pun merasa hairan, hanya sekelip mata sahaja saya dah sembuh. Doktor-doktor itu telah begitu lama mencuba berbagai-bagai ubat hingga ada yang bertanya ke luar negara berkenaan penyakit saya, tiba-tiba dikejutkan dengan doktor "Daud" punya statement yang berjaya merungkai masalah. Tambah menghairankan lagi, doktor "Daud" itu sendiri tiada di mana-mana bahagian Hospital berkenaan. Telah mereka mencarinya tidak bertemu. Maka pada petang itu mereka memutuskan bahawa saya telah sembuh 100% dan dibenarkan pulang ke rumah. Sehingga sekarang tidak diketahui siapakah doktor "Daud" berkenaan ... ????

  • Cuba saudara dan saudari amati cerita saya ini. Terlampau banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini. Tapi yang paling penting ialah Keinsafan, jika kamu berada ditempat saya ini... apa yang kamu akan lakukan ??? dan cubalah teka... siapa doktor "Daud" itu...  ???

dari blog Kubra@NewsZamany


Tuesday, September 28, 2010

akal



sifat manusia yang mempunyai akal:

pertama

mengenepikan kemuliaan dunia dan tidak harap disanjung

kedua

membuang dan menjauhi sifat takabbur (membesar diri)

ketiga

suka kepada kerja amal dan ibadat

keempat

amat gemar melakukan kebajikan

kelima

benci kepada semua sifat kejahatan

keenam

amat mengasihi orang yang berilmu dan baik adab

ketujuh

membalas jasa orang kepadanya

kelapan

segera menjelaskan hutang

kesembilan

meninggalkan sifat marah

kesepuluh

murah hati, manis mulut dan suka membantu dan sedekah

kesebelas

baik serta belas kepada kaum kerabat

kedua belas

tidak mahu mengambil dan makan barang dan makanan yang haram

ketiga belas

sedia di"kena"kan (diperlakukan yang tidak baik) tetapi tidak mahu mengenakan

keempat belas

benci kepada manusia yang suka membesar diri dan bermegah-megah


kesempurnaan
Itulah sifat manusia yang mempunyai "akal". dan sesiapa yang dapat memakainya maka IA ADALAH SEMPURNA DI DUNIA DAN AKHIRAT.  Selamatlah dia di dunia dan juga akhirat walaupun tidak tahu membaca dan menulis.


perhatian
SEKURANG-KURANGNYA MANUSIA YANG MEMPUNYAI "AKAL" ITU IALAH MEREKA YANG MENINGGALKAN KEMULIAAN DUNIA DAN TIDAK SOMBONG DAN BONGKAK (tidak menyombong diri).




Akal ialah tapak dan hamparan kepada "ILMU". 


"ILMU" pula adalah makanan bagi "ROH"

Wednesday, June 23, 2010

Anak Muda... Bangunlah, Selesaikan Tugasmu.

Imam Mahadi akan muncul....

ANAK MUDA!
Berhentilah dari bersandiwara gila dan gurau senda.
Bukakan matamu seluas luasnya, lihat sekelilingmu dan lupakan keenakan dunia.
Tiada masa untuk berbangga dan sengketa
Ketahuilah hanya anda, ANAK MUDA !!
Pewaris dunia fana dan bakal mentadbir seluruh alamaya.
 DEMI MASA 
Perhalusi nasihat alGhauth dengan mendalam. Ambil anisiatif perbaiki diri agar layak menyertai gerakan alMahdi. Tentera alMahdi hanya layak disertai oleh pemuda beriman kental, mencintai mati kerana Allah dan setianya tidak berbelah bahagi kepada pemerintah daulah yang bakal muncul, Shoib bin Soleh panglima kepada khalifah daulah fil akhir zaman, alMahdi.

Lupakanlah... Tinggalkanlah mereka yang Fasik, tinggalkanlah mereka yang Kufur, biarkanlah mereka yang tersesat lebih-lebih lagi yang suka menyesatkan, tinggalkanlah mereka yang galak melalak sombong dan bongkak. Lupakan saja... hiburan yang meloyakan. Tiada waktu untuk semua itu lagi...  JIKA TIDAK, ANDA AKAN TERSASUL DAN AKAN MENYERTAI MEREKA - kongsi gelap kumpulan 999..

Ketahuilah, anda semua sedang berada dalam penjara Dajjal Laknatullah, bergelumang dengan FITNAHnya. Telinga anda dibingitkan, mata anda disilaukan, hati anda dibolak balikkan, terlelonglah jasad anda semua.... kecuali mereka yang "beriman", mereka yang tidak sesekali rela menyembah selain Allah swt. Tiada "tuhan" melainkan DIA. Bukan penyembah harta, bukan penyembah pangkat, bukan penyembah politik, bukan penyambah kemewahan dan wang ringgit, bukan penyembah artis, bukan penyembah "cinta asmara", bukan penyembah segala-gala yang ada di DUNIA....
..
...... Semua itu adalah BERHALA..... 
berhala yang bakal menjadi bahan bakar di NERAKA...

 Jauhilah semua itu jika anda mahu bersama tentera Allah, tentera langit dan tentera Pemuda Bani Tamin. Shoib bin Soleh (bukan Tun, Tan Sri, Datuk dan berbagai lagi simbol yang hanya untuk bermegah-megah, gila pangkat dan harta).

Persudikan diri BERTASBIH 24jam tanpa henti kerana itulah makanan dan minuman mereka (tentera Allah). Segala yang ada adalah milik Allah, semuanya bertasbih kepadaNya berselawat dan salam kepada Baginda Junjungan, rasulNya. Kecuali mereka yang ingkar...Hanya sedikit sahaja lagi jawatan kosong yang masih ada.. khas untuk anda, anak muda! Hanya 1000 dari SATU JUTA umat manusia layak bersama dalam gerombolan ini. Satu dari Seribu orang. Dan..... ingatan untuk anda!  Jangan biarkan diri anda tergolong dalam kumpulan besar alDajjal... 999 dari 1000 orang.

Keluarkanlah diri anda segera dari nya wahai anak muda...  .... masih ada waktu.

alGhauth Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

Wednesday, June 9, 2010

Nasihat al-Gauth: wahai ANAK MUDA.... (1)

nasihat dari al-Ghauth al-A'zam Sultanul Aulia
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (470-561 hijriah)



Wahai anak muda !

Tegurlah dirimu sendiri dahulu sebelum menegur diri orang lain.
Perbetulkan diri kamu sendiri dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.
Perhatikan diri kamu sendiri dahuklu sebelum memerhatikan orang lain.
Perdulikan diri kamu sendiri dahulu sebelum memperdulikan orang lain.

Sekiranya kamu masih "buta" (dalam hal keagamaan dan ketuhanan), bagaimanakah kamu hendak membimbing orang lain? Hanya orang yang celik sahaja dapat membimbing orang lain. Hanya pakar berenang sahaja yang mampu menyelamatkan mangsa yang sedang lemas di laut.

Hanya orang yang telah mengenal Allah sahaja dapat membawa/membimbing orang lain dalam perjalanan menuju kepada Allah. Bagaimanakah seorang yang "jahil" tentang Allah mampu membawa/membimbing orang lain kepada Allah?

Janganlah kamu bertanya, apa yang "patut" Allah lakukan. Kewajipanmu hanyalah mencintai Nya dan berbuatlah segalanya hanya keranaNya bukan kerana "ghairullah" (selain Allah). Takutlah hanya kepada Allah, jangan takut kepada "ghairullah". Ia mesti tersemat di dalam hati bukan hanya berkata pada lidah sahaja. Di dalam "diri sendiri" bukan semata untuk menunjuk-nunjuk pada khalayak ramai.

Sekiranya "tauhid" dipintu rumah tetapi "syirik" di dalam rumah, ia umpama "pepat" di luar "rencong" di dalam. Orang Munafik namanya. "Celakalah" orang yang lidahnya lurus tetapi hatinya bengkok, lidahnya manis tetapi hatinya pahit.

"Celakalah" orang yang berpura-pura menjadi "Hamba Allah" tetapi patuh kepada "Ghairullah".  Jika kamu benar-benar hambaNya, maka janganlah patuh kepada ghairullah. Orang yang benar-benar beriman tidak akan "taat" kepada nafsunya sendiri, iblis dan syaitan. Dia tidak sesekali patuh ajakan syaitan dan tidak akan di kuasai oleh "dunia". Hanya Allah sahaja dipandangnya setiap ketika.

Buanglah "syirik", tegakkan "tauhid"  Allah yang menjadikan segala-galanya. Janganlah meminta kepada "makhluk" pintalah dari Allah kerana DIA memiliki segala-galanya. Setiap perkara ada tersimpan dalam perbendaharaannya.

Wahai anak muda !

Terimalah dengan ikhlas apa yang di taqdirkan kepadamu. Tanamkan perasaan sabar di dalam kalbu. Taatlah kepada Allah dengan penuh khidmat. Jika kamu berbuat demikian, Dia yang Menentukan Taqdir akan melimpahkan Keberkatan dan Rahmat kepadamu, jauh melebihi dari apa yang kamu harap dan sangkakan.


nantikan nasihat kedua............

Sunday, June 6, 2010

alGhazali ulama dari Khorasan, Parsi

Abu Hamid al-Ghazali 
atau nama penuhnya ABU HAMID MUHAMMAD bin MUHAMMAD ABU MUHAMMAD AL-GHAZALI atau lebih dikenali sebagai IMAM GHAZALI dilahirkan pada tahun 450 Hijrah (1058 M) dari sebuah keluarga miskin di  TOS, sebuah kota di negara KHORASAN. Bapanya meninggal semasa beliau masih kecil.  Beliau bukanlah berbangsa Arab sepertimana yang difahami ramai dan Khorasan pula adalah sebuah negara kota yang amat luas meliputi seperempat Parsi, seluruh Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan dan bahagian barat China, ibu negaranya ialah Kabul..

Dari sinilah (Tos) belau memulakan penggalian ilmu seminggalah kemuncaknya beliau dikenali sebagai ulama kerohanian yang unggul di dunia Islam dan ia dikagumi seluruh dunia termasuk Negara Barat. Penulisannya mengupas persoalan yang sukar diketengahkan oleh ramai pemuka kerohanian pada zamannya disamping mampu mengutarakan tentangan terhadap kemusyulan fahaman philosofi Greek yang semakin popular dikalangan umat Islam. Di dunia Barat, ia dikenali sebagai ALGAZEL

Disebabkan penulisannya yang mantap dan penuh fakta, ia dianggap sebagai satu aliran pemikiran baru dari sudud falsafah dan mistis metafisik oleh Barat dan dianggap sebagai saingan kepada ilmu falsafah Plato dan Socrates.  Pandangan dan kefahaman yang beliau kemukakan amat bermanfaat serta padu sebagai benteng pendinding penularan pengaruh pemikiran falsafah Greek ketika zamannya. Terselamatlah umat Islam dari kecelaruan dalam kefahaman kerohanian.  Jasa Iman al-Ghazali yang amat tinggi nilainya.

Ilmu yang mula dipelajari di Tos ialah dalam bidang asas syarie iaitu Feqah dari seorang ulama bernama Ahmad bin Muhammad al-Razakani al-Tos.

Toos (توس atau طوس di Parsi/Iran) juga disebut sebagai Tous,Tus atau Tus, merupakan sebuah bandar purba di wilayah Iran dari daerah Khorasan. Bagi orang-orang Greek purba, ia dikenali sebagai Susia (Σούσια). Ditawan oleh Alexander the Great pada 330 SM. Sejarah penting Tos selain tempat kelahiran Imam Ghazali, ia juga terkenal kerana Kewafatan Khalifah Hurun al Rasyid.
Haruniyeh Dome in Tus. Some say it's the tomb of Al-Ghazali.
Dalam perjalanan untuk mengatasi rusuhan di Khorasan pada tahun 808, Khalifah Abbasiyah Harun al-Rasyid jatuh sakit dan meninggal dunia di bandar ini.. Sejarah lainnya, bandar ini hampir seluruhnya musnah di tangan Genghis Khan semasa serangan tentera monggol antara tahun 1220 hingga tahun 1259.

Pemuka Islam yang terkenal selain Iman Ghazali dari bandar ini antaranya ialah penyair Firdausi, Hakīm Abu'l-Qāsim Firdawsī Tūsī (حکیم ابوالقاسم فردوسی توسی), disebut sebagai Ferdowsi (Firdausi), hidup pada 940 hingga 1020. Ia dikenali kerana karya puisi yang hebat dirujuk sebagai Syair Parsi (Persian poet). Pengarang Shāhnāmeh, epik masyarakat Parsi.

Abu Musa Jabir bin Hayyan Al-Azdi Terkenal di Barat sebagai GEBER, (lahir pada 721 di Tos meninggal pada 815 di Kufah) adalah seorang yang terkemuka dipelbagai bidang; seorang ahli kimia dan Alkemis, astronomi dan astrologi, jurutera, ahli geologi, ahli falsafah, ahli fizik, dan farmasis juga doktor. Telah diktiraf oleh banyak pihak sebagai “Bapa Kimia”

Abu Mansur Ahmad bin Ali Asadi al-Tusi (lahir: Tos, Iran wilayah Khorasan - meninggal: 1072 Tabriz, Iran) Tokoh kedua terpenting sebagai penyair dibidang epik rakyat selepas Firdausi yang juga dari bandar yang sama. Dia adalah seorang penyair, seorang ahli bahasa dan penyalin naskah kuno.

Selain itu, Tos juga terkenal kerana Wazir Dinasti Seljuk, Nizam al-Mulk dan pemimpin Mazhab Syiah, salah seorang dari imam 12 yang amat dihormati dalam Mazhab ini iaitu Abu Ja'far al-Tusi.

Walau bagaimana pun, tidak dapat dinafikan bahawa nama harum Tos diterajui oleh kelahiran ulama kerohanian ini, Imam Abu Hamid al Ghazali. Kegigihan perjuangannya mencari ilmu menjadi titik tolak atas kejayaan menyelamatkan umat Islam dari dikuasai oleh pemikiran berunsur falsafah Greek. Sesuatu yang cukup hebat selain dari kesungguhannya membaiki diri dalam bidang kerohanian sehinggalah beliau meninggal  di Tos, tempat kelahirannya.

Imam Ghazali sanggup meninggalkan kehidupan mewah dan jawatan sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Banghdad pada tahun 1095 untuk mententeramkan kegelisahan jiwanya dengan mengasingkan diri dan berkhalwat dalam kehidupan yang miskin. Mencari hakikat tasawwuf yang sebenar meninggalkan anak isteri selama 2 tahun melakukan pertapaan (khalwat) di menara sebuah masjid di Damsyik. Ia berusahaja bermujahadah membersihkan jiwa dan menjernihkan kalbunya. Seterrusnya beliau ke Baitul Maqdis, bertapa pula di sebuah masjid di sana. Seterusnya Imam Ghazali ke Mekah dan Madinah menunaikan Haji dan menziarahi makam Baginda Rasulullah saw. Keseluruhan perjalanannya berkelana mencari cahaya ini memakan waktu yang panjang, kira-kira sepuluh atau sebelas tahun lamanya. Beliau kembali ke Tos dan meneruskan pertapaan.

Selain Kitab Ihya' ulum ad Din yang sangat terkenal itu, ada satu risalah ringkas mengenai Ilmu Laduni yang sehingga hari ini terus menjadi bahan kajian ahli dibidang falsafah di seluruh dunia termasuk negara Barat. Ia dinamakan sebagai ar Risalah al Laduniyyah - Ilmu Terus dari Allah..

Tiga hari sebelum beliau wafat pada tahun Masihi 1111 (505H), Imam Ghazali telah dikurnia oleh Allah pangkat kewalian "QUTB" atau Sultan Auliya. Maklumat ini tercatat dalam buku "Ta'rif al Ihya'bi Fadhail al Ihya'".

Lebih mengkagumkan, sejarahwan Barat menganggap Algazel (Iman Ghazali) adalah orang kedua paling penting dalam sejarah pembangunan Islam selepas Nabi Muhammad saw. Ia lahir kira-kira 500 tahun selepas era Rasulullah saw.

Dalam tempoh hampir 20 tahun selepas kelahiran Imam Ghazali, lahir lagi seorang ulama tersohor yang amat disanjung iaitu Syeikh Abdul Qadir di Jilan, utara Parsi (selatan laut Caspian) berdekatan sempadan Turkmenistan sekarang pada tahun 470H atau 1078 M Beliau dikenali sebagai Syeikh Abdul Qadir alJilani. Ini menunjukkan kedua-dua tokoh ini hidup dalam era yang hampir sama iaitu 500 tahun selepas zaman baginda Rasulullah saw. Wafat pada 561H bersamaan 1166M di Baghdad.

Alhamdulillah.